Larian pertama selepas raya.
Bro berjaya habiskan larian sejauh 7KM untuk MMU CAC Colour Run 2023 yang berlangsung di MMU Cyberjaya baru-baru ini.
Agak kelam kabut juga kali ini, sebab larian berlangsung seminggu selepas raya dan mood cuti raya masih ada. Dari Johor, Bro terkejar-kejar balik ke Kuala Lumpur, kemudian check-in di Cyberjaya sehari sebelum larian.
Kenapa Check-in dekat sana.
Sebab nak berehat. Iye la, sepanjang raya tempoh hari, badan kurang rehat terpaksa balik Johor dulu, kemudian singgah KL sebentar (ada sedikit urusan) sebelum pulang ke Perak.
Settle raya di Perak, terus gerak ke Johor.
MMU CAC Colour Run 2023
Ini kali pertama Bro join larian yang bermain dengan serbuk warna.
Dekat atas ini, gambar Bro sebelum mula larian. Nampak suci murni lagi muka dan pakaian.
Lain macam punya meriah, terutama yang sertai bersama anak-anak. Anak-anak pasti suka dapat main dengan serbuk warna ini. Susah la nak jumpa pelari yang baju dia putih bersih je selepas tamatkan larian.
Ikutkan / kalau tak salah. Bro daftar larian untuk jarak 3.5KM (Mungkin Bro yang silap kot), tapi masa ambil race kit, dekat bid & baju memaparkan yang Bro masuk kategori 7KM.
Memang habis la Lemak Lemang & Rendang terbakar.
Akhirnya….
Settle juga larian 7KM.
Cantik medal dia dan nampak berkualiti.
Settle larian & bergambar. Bro breakfast dengan roti dan juga air Milo. Agak rare juga bila tak ramai orang beratur dekat lori Milo. Dapat juga Bro tapau 8 cawan
Ok, next larian… Ke mana la kita ek?