January 19, 2025

HUAWEI P60 Pro Bakal Dilancarkan Pada 11 May 2023, Pra-Pesanan Serendah RM1

Tarikh Pelancaran HUAWEI P60 PRO 11 May

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran rasminya telefon pintar kelas perdana, P60 Pro pada 11 Mei 2023.

Ini bermakna rakyat Malaysia kini bakal nikmati reka bentuk elegan terkemuka dan teknologi fotografi inovatif yang diguna pakai pada HUAWEI P60 Pro.

Selain pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran P60 Pro,

HUAWEI juga bakal memperkenalkan barisan inovasi terkininya, seperti telefon boleh lipat ultra nipis dan ringan, Mate X3, bersama-sama
produk HUAWEI WATCH Ultimate, HUAWEI WATCH Buds dan HUAWEI FreeBuds 5.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk sertai pelancaran HUAWEI P60 Pro dan Produk HUAWEI lain yang menarik pada 11 Mei 2023.

Nantikan pengumuman rasmi di Facebook Rasmi HUAWEI atau klik di sini untuk menyertai pelancaran!

Pra-pesanan HUAWEI P60 Pro Dengan Hanya RM1

RM1 HUAWEI P60 Pro

Bukan itu sahaja, Huawei baru-baru ini memperkenalkan kempen pra-pesanan eksklusif RM1 khusus untuk HUAWEI P60 Pro.

Anda hanya perlu meletakkan deposit RM1 dan menjawab soalan ringkas di Laman Web Rasmi HUAWEI untuk berpeluang memenangi hadiah misteri termasuk HUAWEI P60 Pro, HUAWEI Watch Fit, HUAWEI WIFI AX3 Dual-Core dan banyak lagi dengan jumlah hadiah bernilai sehingga RM12,429.

Pemenang harian akan dipilih secara rawak dan diumumkan di Laman Web Rasmi HUAWEI hari ini dan seterusnya sehingga 11 Mei 2023.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *