Abang tiri durjana.

Itu gelaran paling sesuai kepada seorang lelaki apabila tergamak menjadi bapa ayam memperdagangkan tubuh adiknya berusia 15 tahun sebagai pelacur bagi melayan pelanggan kemaruk seks di sebuah hotel murah.

Walaupun anda tak sebapa atau seibu.

Tanggungjawab yang dipikul tetap sama. Sebagai abang dan juga pelindung kepada adik-adiknya, walaupun mereka hanya adik-beradik tiri.

Walaupun tidak boleh menjadi wali, tidak semestinya anda boleh lepas tangan.

Walaupun anda tidak menyukai ibu / bapa tiri anda. Jangan lepaskan pada adik beradik tiri.

Walaupun mereka adik-beradik tiri anda. Duduk serumah, anda tetap bukan muhrim kepada mereka.

Walaupun anda hanyalah adik beradik tiri. Jangan jadikan itu alasan memecah belahkan keluarga yang baru dibina.

Bicara Bro : Apa cerita adik beradik bro sekarang ek. Last berkumpul pun masa adik perempuan bro bertunang tempoh hari.

Apa cerita adik-adik angkat bro ek? Hari tue semua beria nak jadi adik angkat bro. Bila dah jadi semua senyap.

Ke masing-masing kecewa tak dapat bro nie?