December 6, 2024

Pelajar Malaysia, Ashraf Rosli Dapat Keadilan

Masihkah korang ingat kes pelajar Malaysia di belasah dan dirompak semasa berlakunya rusuhan di Landon musim panas tahun lepas?

Semasa kejadian, beliau sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya. Dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah, manakala basikalnya turut dilarikan.

Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan pemuda Romford, Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa, termasuk sebuah konsol permainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376).

Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada minggu ini kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas.

Hukuman terhadap mereka akan diputuskan pada 13 Mac ini.

Kejadian tersebut yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit dan disiarkan di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bicara Bro : Berhati-hati dijalan raya. Tak kisah anda berjalan kaki atau berbasikal.

Apa-apa pun boleh terjadi sekarang ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Pelajar Malaysia, Ashraf Rosli Dapat Keadilan

  1. ni yang buat orang sekarang perlu berhati-hati tak kira di mana pun berada..Lebih baik jalan secara berkumpulan..lebih safety sikit..huhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *