Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km?

Ini betul-betul cekik darah namanya. Dan golongan ini yang mencemarkan kerjaya pemandu teksi di Malaysia.

Walau dia pemandu teksi eksekutif, tetapi bayaran yang dikenakan agak melampau juga.

Beliau menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Memang melampau.

Bicara Bro : Sebab itu bro tak suka amik teksi. Bro tak kisah sangat pasal payment.

Tapi cara pemanduan mereka kadangkala seperti samseng jalanan. Belum lagi keadaan dalam teksi yang berbau asap rokok.

Rasanya benda ini perlu dipantau oleh pihak berkuasa. Dalam bas boleh letak tanda larangan merokok. Inikan pula teksi. Tetap juga kenderaan awam.