Perlu ke tayang duit yang beribu-ribu di blog mahupun di facebook?
Motif..??
Nak bagitahu satu dunia, apa yang dorang lakukan mampu menjana duit.
Apa yang mereka lakukan?
Buat duit dari facebook ke? Buat duit dari blog ke?
Kalau ye, bagus la.. Sebab mereka tahu mempergunakan kemudahan yang ada.
Tetapi,
Bagaimana pula jika niat asal mereka hanya untuk menunjuk-nunjuk. Kemudian, nak orang follow jejak langkah dorang. Bagaimana..?? Dengan join under dorang.
“Ini bukan MLM”, itu kata mereka.
Kenyataannya, “Itu memang MLM – Multi Level Marketing”
Nafi bagaimanapun, ianya tetap MLM jika ianya melibatkan keuntungan dari menjual barang + mencari orang untuk menjual barang dibawah anda.
Simple je penerangan yang boleh bro terangkan.
Tak perlu korang nak putar belitkan fakta.
Jom layan aksi beberapa orang yang terkaya di Malaysia.
Dalam reramai dalam gambar ini, ada sorang tue junior bro waktu sekolah dulu. Memang masyuk dia tue.
Tetapi jangan lupa ek,
Bro sebagai blogger pun kena bayar cukai pendapatan, korang jangan la skip-skip pula.
Bicara Bro : MLM merupakan salah satu cara perniagaan. Cuma ianya selalu disalah guna oleh sesetengah pihak untuk kepentingan peribadi.
Sehinggakan memberi kesan negatif kepada orang lain.
Jom cari duit raya dengan Say.my [alhamdulillah, tiap-tiap bulan bro dapat cash out walaupun sedikit]
yup aku stuju yg mlm tu bro..mlm mmg 1 perniagaan..tp telah dimanipulasi oleh mereka2 yg nak kekayaan yg pantas dan mudah tnpa berusaha…apa nak jadi pn xtaw..
apa nak jadi..??
nak jadi kaya la… jangan lupa bayar cukai sudah…
banyak nya duit . boleh jadik jutawan tu :)
memang dah boleh jadi jutawan…
tapi bagaimana jika duit tersebut hanya dipinjam untuk dijadikan hiasan dalam gambar sahaja
Alamak!!! Ingatkan Bro nak buat MLM td.. hahha..
Ini dinamakan manipulasi dari segi psikologi. Memang jelas bagi sesiapa yang sudah terjebak dalam kancah MLM ni akan berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menarik perhatian orang lain.
p/s : Lepas gaji tangkap gambar, lepas tu upload kat facebook. Confirm ramai yg tidak dikenali akan tampil untuk mengenali. kah2..
Bro nak buat MLM untuk apa ek..??
Bro xpandai nak berbisnes MLM nie huhu
Lagi satu.. gaji bro semua dalam bank je.. xpernah kuarkan duit dari bank lebih dari rm200
so xtau nak tangkap macam mane…
lain la mesin atm kuarkan duit singit-singit boleh gak ditayangkan
Dulu heboh juga pasal ni,tapi kena hati0hati la,dapat dit beribu,cukai tetap kena bayar juga
Tunggu LHDN terjah kot.. tapi kalau MLM cam mana nk diiktiraflan sebagai pendapatan ek
Bro, kalau aku tangkap gambar depan kete Wira aku, ada orang nak join aku tak walaupun aku tabur duit ribu riban kat atas bonetnya?? Fikir-fikirkanlah..
Kalau mu..
Tayang muka je sure berderet yang nak join he…23x nak.mantap lagi mu tayang banner je he..23x
Ni antara strategi untuk ajak orang join diorang. Kalau bergambar dengan duit usaha sendiri memang la bangga tapi kalau duit tu duit orang lain dan kita jadi tukang tayang je nak buat apa kan.
Orang yang tengok gambar tu akan cakap “wah kayalah dia”
Tapi orang yang bergambar tu akan cakap “hmm hampeh bukan duit aku pun”
hehehehehe
Bro pernah bergambar dengan duit beribu-ribu…
Tak terasa nikmat pun time tue.. maybe sebab tahu duit tue bro nk spend untuk beli sesuatu
hmm patutlah…hehehehe
Tak perlu
Tetapi ramai yang perlu menayang.. Kalau tidak, tiada yang melayang masuk ke poket sendiri selepas tue
camne jana duit pon, sumer kena igt, kena kuarkan zakat pendapatan gak..itu lagi utama..
Betul tue..
Entah2 zakat pun xbayar
Layan churp-churp blogging dengan says pun sedap dah :)
Tau xpe.. churp2 bro xmasyuk la.. says.my je masyuk sekarang nie
hmm..tak minat nk join MLM ni sngt…ntah hape2 je kekadang tu..mcm menindas org bawahan pun ada jugak..
nak join mn2 MLM kena tgk dulu..jgn main join dan pecaya pada janji2 manis org upline ni…depa boleh la dok canang depa dah boleh bt duit, downlinenya tu blum tntu boleh buat duit lagi..
betul tue.. kenkadang dorang sendiri pun xberduit selagi korang x join
yups..btol tu..
tapi tu suma terpulang kat diri masing2 la kan..cuma pada sy tak perlu nak riak dengan tayang duit dekat orang lain..nanti orang boleh jadi jelik nak nengoknya…
it’s all depend on that person, who are we to judge?
saya tak suka MLM…Tayang tayang duit mcm tu sebenarnya tak berapa nak kaya tahu? orang yang semulajadi kaya, boleh dilihat dari segi penampilan dia pun dah tahu dia kaya…hahaha…kesian mereka dlm gambar tu…kemaruk duit…
heheh rasa2nya saya pun awal bulan pegang duit banyak tu .. tapi makin hari makin susut ..pelik kan bro.. hahahhaaaa