January 24, 2025

#Troll – iPhone 5c Hadir Dengan 5 Pilihan Warna

iPhone 5c Malaysia with 5 Color

Pihak Apple telah memperkenalkan telefon pintar versi bajet mereka, yang dikenali sebagai iPhone 5C. Ia akan ditawarkan dalam lima pilihan warna, iaitu hijau, putih, biru, merah dan juga kuning.

What the ……………

Sejak bila pula Apple buang tabiat nie?

Sure mendiang Steve Jobs susah nak terima apa yang terjadi kepada produknya ini He…23x Siapa tahu kan.

Jika sebelum ini, iPhone banyak dikeluarkan dalam warna hitam dan putih. Kali ini, untuk iPhone 5c didatangkan dengan5 warna pilihan.

Ini menyebabkan pihak Nokia tersenyum lebar.

Apple Tiru Warna Nokia

Akhirnya Apple meniru salah satu cara marketing mereka iaitu mengeluarkan peranti mengikut warna kegemaran remaja.

Disebabkan iPhone 5c merupakan iPhone bajet aka cheap (c = cheap) maka mereka target pengguna dari kalangan remaja yang ingin memiliki iPhone tetapi berpendapatan rendah (masih berlajar)

iPhone 5C Crocs

Belum lagi kes dengan Crocs.

Nampak seperti iPhone 5c direka mengikut warna crocs. Nak nampak lebih menarik, anda pilihlah crocs yang sesuai dengan warna iPhone 5c anda.

Bro sure pilih warna kuning.

iPhone 5C ini akan ditawarkan bersama-sama telefon pintar iPhone 5S bermula 20 September ini. Tarikh ianya masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Bro maybe cari lubang di Singapura. Tapi target adalah iPhone 5s.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “#Troll – iPhone 5c Hadir Dengan 5 Pilihan Warna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *