Baru-baru ini bro telah diinvite oleh APAC Venture ke majlis “APAC Venture Glitz & Glam Bloggers Party” di Zouk, Kuala Lumpur.
Tujuan majlis ini adalah untuk majlis perlancaran Antivirus Avast versi ke-7. Dalam masa yang sama memperkenalkan applikasi sosial pada telefon pintar “WeChat” di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda,
APAC Venture Sdn Bhd merupakan syarikat pengedar barangan IT di rantau Asia Pasifik. Anda boleh layari www.apacventure.com untuk maklumat lanjut.
Pada majlis ini, beberapa blogger di invite untuk diberikan pendedahan mengenai 2 jenama yang sedang mereka pasarkan di Malaysia:-
- Antivirus Avast Version 7
Antivirus Avast Version 7.
Dijamin lebih pantas dan ringan berbanding versi yang sebelumnya.
Avast! Pro Antivirus Home & Student Edition-RM29.90
Avast! Internet Security-1PC RM69, 3PC RM119, 5PC RM119
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.avast.com.
WeChat – Mobile Application
WeChat merupakan salah satu platform berkomunikasi percuma melalui mobile yang dibangunkan di China oleh Tercent.
Ianya menawarkan kemudahan untuk berkomunikasi, plug-in untuk bersosial dan aplikasi untuk berkongsi kandungan/bahan dalam memenuhi kehendak SOLOMO (Social, Location & Mobile).
Buat masa sekarang ianya hanya terdapat untuk iOS, Android, Symbian dan Window.
Ciri-ciri WeChat yang menawan kaki sosial.
- Voice Messaging
- Shake – Hanya goncang untuk menambah kenalan dan bertukar maklumat.
- Look Around – Mencari kenalan yang berdekatan
- Drift Bottle – Menyimpan mesej didalam botol
- Facebook connect
- Emoji
- Group Chat
Salah seorang blogger yang hadir diberi tunjuk ajar menggunakan applikasi WeChat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.wechatapp.com.
Sekiranya anda sudah mendownload applikasi ini, jangan lupa untuk add bro dalam friend list anda. id WeChat : broframestone.
Maka anda boleh chat dengan bro di telefon tanpa mengetahui no telefon bro.
Bicara Bro : Sejak menggunakan WeChat, bro dapat berkenalan dengan beberapa orang rakan yang kedekut nak sms bro he..23x
Avast merupakan antivirus yang bro gunakan sejak tahun 2006 hingga kini. Tidak mengecewakan.
Pernah guna antivirus lain yang jauh lebih power. Sehinggakan, nak download movie, install game, nak masuk laman web tertentu tak dapat.
Tidak dinafikan ada antivirus yang power terlalu berat dan banyak makan resource memory hendak browse internet macam siput sedut. :-)
He..23x jangan katakan nak browse internet… Nak buat benda tak elok dekat internet pun xboleh…
Lepas tue komputer hang…
terasa nak bertukar anti virus lh lepas nieh ..
*bodek bos avast benar nya*
Wah… hari tue awat tak tukar2 no tepon ek
siapa kata tak tukar no fon sy ada jer no phone dia heheheheh
Oh ye ke..
Dah start ayat dia ke.. Kot2 dapat projek besar dengan dia ke kan
Avast antara antivirus terbaik setakat ini yang pernah saya gunakan..
Tq for the information..
Welkome…
Bro lepas nie nk install antivirus yang dorang berikan tempoh hari
owh.. inilah dia event kat zouk tu yer???hehehe
Yup…. event ini la..
WeChat tu apps baru lagi ke or dah lama dilancarkan?
nanti zakwan try
WeChat dah lama ada.. cuma baru nk pergi international
biase pki avast free nye jew..hehe
sama la kita
samlah…pakai yang frEE