July 14, 2024

LG CordZero™ All-in-One Tower™ Tetap Standard Baharu Tahap Pembersihan Rumah

Pelancaran LG CordZero™ All-in-One Tower™

Teknologi inovatif LG All-in-One Tower™ menetapkan standard baharu untuk kebersihan dan kemudahan rumah untuk rakyat Malaysia.

LG Electronics Malaysia (LG) dengan bangganya memperkenalkan LG CordZero™ All-in-One Tower™, tambahan terbaharu kepada segmen perkakas rumah jenama tersebut.

Vakum tanpa wayar ini membawa tahap pembersihan yang terhebat kepada isi rumah dengan mentakrifkan semula cara penjagaan ruang kediaman.

Direka bentuk khas untuk pemilik rumah, LG CordZero™ All-in-One Tower™ menawarkan penyelesaian penjagaan rumah yang komprehensif yang melangkaui kaedah pembersihan tradisional.

“Vakum terbaharu kami yang dilengkapi dengan All-in-One Tower™ yang inovatif dapat menyampaikan prestasi pembersihan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia, dengan gabungan prestasi, kemudahan dan kebersihan.

Kami yakin bahawa vakum tercanggih keluaran kami ini akan mentakrifkan semula pengalaman pembersihan untuk rakyat Malaysia sambil meningkatkan taraf hidup mereka,” – Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia

LG CordZero™ All-in-One Tower™

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati persekitaran rumah yang lebih bersih dengan mudah tanpa membuang masa dengan All-in-One Tower™ yang menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok.

Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi hingga 2 jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok untuk menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk.

Menara ini merangkumi Sistem Penapisan 3 Langkah, yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara yang lebih bersih di dalam rumah.

All-in-One Tower™ menyediakan penyimpanan yang cekap ruang untuk vakum dan aksesori, termasuk 2-in-1 Combination Tool, Crevice Tool, dan Mop Nozzle.

Selain itu, menara inovatif ini turut dilengkapi dengan DUAL PowerPack™, bateri yang boleh ditukar ganti dan boleh dicas semula untuk sesi pembersihan hingga 120 minit tanpa gangguan dan tanpa perlu menunggu untuk pengecasan semula.

Siri LG CordZero™ All-in-One Tower™

Dikuasakan oleh teknologi Smart Inverter Motor™ and Axial Turbo Cyclone™ LG, vakum terbaharu ini mempunyai daya sedutan yang kuat dan berterusan.

Fungsi pintarnya memisahkan habuk dan kotoran daripada pelbagai jenis lantai dengan berkesan, menjana aliran udara yang kuat di dalam motor yang berputar dengan pantas tanpa geseran, menjaminkan daya ketahanan yang luar biasa.

Sistem Penapisan 5 Langkah vakum ini dapat memisahkan kotoran dalam tong habuk dan menapis 99.999% baki habuk dan kotoran. Dengan teknologi LG Kompressor™, tong habuk tidak perlu dikosongkan dengan kerap kerana inovasi ini dapat memampatkan habuk terkumpul hingga 2.4 kali.

Siri LG CordZero™ A9 kini boleh didapati pada harga berikut:

  • A9T-MAX       : RM 4,999.00
  • A9T-CORE    : RM 4,499.00
  • A9K-ULTRA* : RM 4,199.00
  • A9K-MAX       : RM3,699.00
  • A9N-LITE      : RM 2,299.00

Untuk maklumat lanjut tentang LG CORDZERO™ ALL-IN-ONE TOWER, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti Halaman Facebook Rasmi LG untuk maklumat terkini, berita, dan promosi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *