May 21, 2024

Queendom Fest Cipta Sejarah Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

Selebriti Queendom Fest

Penyanyi rap wanita terkenal dan pendukung hip-hop Malaysia, Zamaera nekad untuk mencipta sejarah dengan muncul dengan jenama Queendom Fest.

Ini merupakan festival muzik wanita yang pertama dipersembahkan buat khalayak di Malaysia.

Dilahirkan dari rasa antusias dan berlandaskan matlamat Zamaera sendiri iaitu untuk mewakili landskap seni yang diwakilinya dalam scene tempatan, Queendom Fest merupakan usaha indipenden yang bersedia untuk mencipta sejarah – sebuah pementasan yang ditempa oleh serta untuk wanita kreatif di seluruh negara.

Pada asasnya, Queendom Fest berusaha untuk meningkatkan wanita dan mengeratkan hubungan komuniti seni melalui platform untuk usahawan dan kreativiti wanita.

Dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2023 di LaLaport BBCC’s Central Rooftop Garden di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur, Queendom Fest bersedia untuk menjadi acara yang electrifying bagi mempamerkan wanita-wanita yang bertenaga dan paling digemari di Malaysia pada masa kini.

Dalam masa yang sama, ia juga merupakan sebuah festival yang menawarkan hub-market serta lokasi bersosial yang mengandungi lebih 40 perniagaan dan vendor tempatan, milik wanita.

Festival ini akan ditunjangi oleh Zamaera dan disokong oleh barisan wanita hebat iaitu DOLLA, Hullera, Jovynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJ dan SYA.

Queendom Fest berdiri sebagai bukti sebenar kepada semangat dan potensi tanpa had landskap muzik tempatan semasa, dan menandakan babak penting dalam legasi Zamaera yang kekal sebagai Ratu Hip-Hop Malaysia.

Konsep awal Queendom Fest mula dihasilkan hampir 2 tahun lalu, sewaktu Zamaera menganjurkan jelajah Pop-Upnya sendiri yang merentasi Pulau Pinang, Kuching, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Bekerjasama rapat bersama Avinash Retnam dari Kaia Collab, ini adalah cara beliau memahami peminat tempatannya serta menilai impak dan – pada asasnya – menguji kuasa pasar untuk “Queendom Fest”.

Zamaera Queendom Fest

Menurut Zamaera,

Sebagai salah seorang daripada segelintir penyanyi rap wanita yang berpeluang membuat persembahan di pentas besar seperti Good Vibes Festival, Round Fest dan Baybeats, beliau dapati perwakilan artis wanita di festival muzik tempatan dan showcase sentiasa dikalahkan oleh rakan lelaki industri.

Pada tahun lepas sahaja daripada lebih 14 festival dan showcase, 84% daripada penghibur adalah lelaki.

“Senario muzik semakin berkembang dan kami melihat semakin ramai artis wanita yang muncul. Saya rasa itu harus mencerminkan peluang yang kami sediakan kepada wanita dalam industri kreatif.

Atas nama keterangkuman, kesaksamaan dan cinta yang tulen terhadap seni & budaya, saya mahu melihat masa depan yang lebih cerah untuk tenaga kreatif wanita negara ini.”

Zamaera turut menekankan bahawa walaupun barisan artis merupakan wanita secara keseluruhan, Queendom Fest juga bekerjasama dengan ramai tenaga profesional lelaki dalam industri yang menyokong idea untuk mendorong wanita ke hadapan dengan memberikan kepakaran dan pengetahuan mereka, seperti penganjur bersama beliau dari TONGTONG Asia, Old Head Jin (FKA Jin Hackman).

Berbanding dengan beberapa negara lain di mana hak wanita sebahagian besarnya didiskriminasi, Malaysia mempunyai pelbagai laluan untuk wanita berjaya.

Ya, banyak lagi untuk kami perbaiki secara keseluruhan tetapi langkah seperti ini akan memberi manfaat kepada penambahbaikan agenda kami dalam memperjuangkan wanita melalui seni & budaya dan keusahawanan.

Queendom Fest Poster

Queendom Fest disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Ventures, sebagai sebahagian daripada usaha mereka di seluruh negara untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik 2023.

Tiket akan terdiri daripada 4 kategori. Early-bird RM118, GA RM138, Go Kart Bundle RM178 dan Door RM 188 (semua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tiket sebanyak 3%) yang boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi www.queendomfest.info mulai Isnin, 23 Oktober 2023.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *