April 17, 2024

Saliva Walit Saiful Apek Jalin Kerjasama Dengan Rantaian Kedai Runcit O2O Smart Store

Saliva Walit Saiful Apek O2O Smart Store

Tahniah diucapkan kepada SW Gitu Gitu Sdn Bhd atas termenterai perjanjian sebagai Merchant kepada O2O Smart Store, rantaian kedai dibawah Panpay Holdings Sdn Bhd.

Majlis ini telah berlangsung di 020 QR Smartstore Nilai.

Untuk pengetahuan,

SW Gitu Gitu Sdn Bhd merupakan syarikat bertaraf bumiputera yang berpengkalan di Shah Alam Seksyen 26, Selangor diasaskan oleh Pn. Noor Azian binti Mohamed bersama co-founder Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam bin Mohammed Yusoff.

Syarikat ini bertanggungjawab memasarkan produk minuman berasaskan sarang burung walit asli yang tidak menggunakan bahan sampingan pengawet malahan kami mengutamakan keaslian dan khasiat sarang burung walit sebenar.

O2O Smart Store Nilai
Salah satu cawangan O2O Smart Store yang terletak di Nilai

Manakala O2O Smart Store pula merupakan rantaian kedai peruncitan dan menjadi platform bagi usahawan di luar sana untuk mengetengahkan produk mereka kepada umum.

Tambahan lagi, ia juga menyediakan ruang sejumlah 30% dalam kedai kepada usahawan tanpa sewaan (listing fees) yang merupakan salah satu konsep WAKAF yang diperkenal oleh syarikat ini.

SW Gitu Gitu Sdn Bhd Panpay

Pada majlis ini, pihak SW Gitu Gitu Sdn Bhd menerima Geran Perniagaan Panpay bernilai RM 10,000 dari pihak Panpay Holdins Sdn Bhd.

Pihak SW Gitu Gitu Sdn Bhd juga turut menyumbangkan RM2,000 buat Pusat Jagaan Warga Tua SRA dalam membantu memartabatkan amalan membantu masyarakat tidak mengira dalam apa jua situasi.

Anda kini boleh dapatkan produk Saliva Walit di 16 rantaian kedai O2O Smart Store seluruh Malaysia atau secara online di https://panpaymart.com/

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Saliva Walit, anda boleh layari :

Facebook : Saliva Walit
Instagram : salivawalit
Laman Web : www.salivawalit.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *