vivo melancarkan telefon pintar vivo Y35 untuk pasaran Malaysia, terkini di dalam jenama untuk siri Y yang penuh keriangan dan meriah pada harga RM1,099.
Keriangan digandakan dengan peningkatan storan dalaman dengan ROM 256GB dan Extended RAM 8GB + 8GB, menjadikan peranti ini peranti pertama dengan RAM terbesar telefon pintar dalam julat harga yang sama.
Serta menggandakan kapasiti tenaga yang disediakan di dalam bateri peranti 5000mAh dan 44W FlashCharge. vivo Y35 juga kalis air IPX4 dan kalis debu IP5X, jadi pengguna tidak perlu risau daripada percikan air atau pengumpulan debu.
Y35 serba baharu menampilkan paparan FHD 6.58-inci yang luas dengan resolusi 2408×1080 dan gamut warna P3.
Bersama-sama dengan paparan mengasyikkan yang menawarkan kadar pensampelan sentuhan tinggi dan kadar penyegaran sehingga 90Hz untuk tindak balas skrin yang lancar dan serta-merta, paparan ini memiliki kecerahan maksimum 550 nits.
Reka bentuk bingkai rata Y35 yang bergaya mempamerkan tepi berkontur yang elegan dicapai dengan kelengkungan 2.5D dan bucu bulat simetri pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang.
vivo Y35 juga telah menjalani ujian kualiti yang ketat untuk memberikan pengguna peranti yang tahan lasak terhadap calar, ujian kejatuhan dan keadaan cuaca yang melampau.
Penarafan kalis air IPX4 dan kalis debu IP5X menjadikan peranti ini sebagai teman terbaik untuk pelbagai gaya hidup yang menyeronokkan dan mencabar.
Keperluan kunci skrin yang mudah diakses diperolehi menggunakan pengimbas cap jari Y35, disepadukan dengan butang kuasa di sisi peranti, membolehkan pengguna menghidupkan dan membuka kunci telefon secara serentak.
Dengan ciri Face Wake, pengguna juga boleh membuka kunci telefon mereka sepintas lalu dengan hanya mengangkatnya.
Tunjang utama Y35 ialah pemproses Snapdragon® 680 yang dibina pada proses 6nm peringkat perdana, menawarkan kelajuan maksimum sehingga 2.4GHz untuk memberikan prestasi yang cekap dan berkuasa sambil menjimatkan kuasa.
Mengintegrasikan teknologi Extended RAM 3.0 terbaharu vivo, Y35 meluaskan RAM 8GB dengan tambahan memori maya 8GB 2 — menjadikan jumlah RAM 16GB untuk pengalaman pengguna yang lebih pantas dan bebas lengah.
Keupayaan untuk menjalankan berbilang aplikasi dengan lancar di latar belakang juga disempurnakan oleh algoritma Multi-Turbo 5.5, yang mengoptimumkan kekuatan prestasi dan berbilang tugas dengan menggunakan tenaga yang lebih rendah.
vivo Y35 datang dengan kapasiti storan yang besar iaitu 256GB, serta boleh diluaskan sehingga 1TB menerusi reka bentuk tiga slot kad.
Selain daripada prestasinya yang luar biasa, Y35 mempunyai bateri besar 5000mAh yang mengekalkan tenaganya sehingga 14.3 jam menstrim filem HD dalam talian, atau 7.05 jam permainan intensif grafik.
Dilengkapi dengan FlashCharge 44W, peranti ini mampu mengecas sehingga 70% kuasa yang mencukupi dalam masa 34 minit 4 sahaja. Yakinlah, hayat bateri tidak akan membimbangkan.
Ia boleh didapati dalam dua warna: Agate Black dan Dawn Gold RM1,099 dan kini boleh didapati secara pra-pesanan di Shopee & Lazada.
Pelanggan yang membuat pra-pesanan siri vivo Y35 dari 12 hingga 16 Ogos layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM547, termasuk baucar jenama, beg silang sukan vivo, waranti lanjutan 1 tahun dan waranti perlindungan retak skrin selama 1 tahun.
makasih