Terus terang Bro katakan, bahawa Bro seorang yang banyak menghabiskan masa depan skrin monitor sama ada atas urusan kerja mahupun berhibur.
Secara tidak langsung, habit ini memberi kesan pada mata dan Adakah anda seorang yang banyak menghabiskan masa membuat kerja berisiko terdedah kepada jumlah cahaya biru yang sangat tinggi.
Kebelakangan ini, bilangan orang yang bekerja dan belajar dari jauh sejak dua tahun lalu telah meningkat secara drastik. Akibatnya, kebanyakan telah berkembang lebih bergantung pada skrin digital berbanding sebelum ini.
Banyak tip dikongsikan untuk memastikan mata kita mendapat rehat dan tidak terlalu tertekan seperti memperbanyakkan melihat tumbuhan / warna hijau. Termasuk juga merehatkan mata sebentar selepas lama menghadap skrin.
Tetapi kehendak semasa dan kesibukan kerja memaksa kita untuk menghadap skrin lebih lama. Oleh itu, pihak BenQ telah memperkenalkan Eye Care Monitor GW2785TC baharu yang hadir dengan pelbagai ciri yang bukan sahaja direka untuk meningkatkan pengalaman tontonan bahkan juga untuk kesihatan optik anda.
Untuk pengetahuan anda, Siri BenQ GW2785TC dibina untuk mereka yang banyak berkerja secara ‘remote’ dan juga pelajar yang perlu menghabiskan sebahagian besar masa mereka di hadapan skrin.
Pemasangan monitor ini juga agak mudah. Ini kerana ia didatangkan dalam tiga kompenen badan utama: paparan skrin, stand dan tapak. Ketinggian monitor boleh ditetapkan termasuk juga tetapan mode portrait mahupun landskap.
Ia juga mudah dipadankan sebagai skrin tambahan kepada peranti lain seperti laptop, tablet mahupun telefon pintar melalui sambungan USB Type C.
Monitor ini disertakan dengan port audio jack, HDMI 1.4, Port Paparan 1.2 dan USB-C, yang boleh mengecas laptop anda pada 60W, memindahkan data dan berfungsi sebagai DisplayPort Alt Mode.
Paparan Monitor BenQ GW2785TC
Paparan IPS HD Penuh 27-inci bukan sahaja memberi kepuasan pada mata; ia juga dibina dengan beberapa ciri penjagaan mata yang mengutamakan kesihatan optik si pengguna.
Di bahagian bawah paparan, terdapat penderia terbina dalam, yang boleh mengesan cahaya ambien serta kecerahan dan kontras kandungan pada skrin.
Ia akan mengurangkan cahaya biru dan memalapkan kecerahan secara automatik bergantung pada keadaan pencahayaan, sekali gus mengurangkan ketegangan mata dan membolehkan pengguna kekal fokus pada tugas yang sedang dijalankan.
Dengan Teknologi Kepintaran Kecerahan BenQ, sensor membolehkan monitor melaraskan kecerahan skrin dengan bijak, mencerahkan kawasan gelap tanpa mendedahkan bahagian terang secara berlebihan.
Terdapat beberapa mod penjagaan mata yang lain, seperti :
- Coding Mode – menjadikan setiap warna lebih menyerlah untuk kecekapan pengekodan.
- Care Mode – merendahkan kecerahan dan ketepuan warna untuk melindungi mata.
- Reading Mode – menapis cahaya biru yang berbahaya untuk mengelakkan keletihan mata.
- ePaper Mode – Kesan simulasi e-book untuk pengalaman membaca yang lebih baik.
Sekiranya anda biasa berkerja menggunakan dua paparan atau lebih, ia menyokong teknologi daisy chain untuk gabungkan beberapa paparan monitor untuk meningkatkan kecekapan kerja anda.
Mikrofon dan Speaker
Ciri lain juga turut diperkenalkan pada model BenQ GW2785TC dimana terdapat fungsi mikrofon pembatalan hingar terbina.
Ia berfungsi dengan menyekat bunyi di sekeliling semasa anda sewaktu mengadakan persidangan video atau membuat panggilan video. Anda boleh melaraskan tetapan pembatalan hingar dari rendah ke tinggi
Selain itu, terdapat butang mikrofon fizikal yang diletakkan di bahagian bawah paparan untuk anda menghidupkan atau mematikan mikrofon dengan mudah.
Kesimpulan
Monitor seperti BenQ GW2785TC banyak membantu dalam mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan pada mata anda, menjadikan ia sesuatu yang baik dan munasabah bagi penambahbaikan ruang kerja anda.
Sudah tentu, ciri penentu utamanya bukan hanya pada bahagian penjagaan mata, tetapi juga cara ia memberi manfaat kepada kebanyakan pengguna muda berkerjaya profesional serta ahli keluarga mereka.
Harga untuk BenQ GW2785TC hanya RM1,249.00 & anda boleh dapatkannya secara online di . Ia turut didatangkan dengan jaminan 3 tahun serta perkhimatan pengambilan dari lokasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai BenQ GW2785TC, anda boleh layari
BenQ ScreenBar
BenQ ScreenBar direka untuk e-pembelajaran bagi kanak-kanak, manakala untuk mereka yang dewasa bagi kegunaan ketika berkerja dari rumah (Work from home) dan ia sesuai digunakan oleh seisi keluarga.
Ia bukan sahaja mampu memberi cahaya mencukupi bahkan memberi penjagaan mata buat anda ketika menatap skrin.
BenQ Screenbar membantu mengelakkan anda mengalami ketegangan mata & mudah letih ketika melakukan kerja dihadapan skrin monitor.
Setelah dipasang, ia memancarkan jumlah cahaya yang baik ke atas meja, sambil mengelakkan pantulan cahaya pada skrin.
Ianya sangat berbeza jika dibandingkan dengan penggunaan lampu meja ataupun lampu kediaman dimana cahayanya akan terpantul pada skrin monitor anda.
Pemasangannya cukup mudah & hanya dikuasakan menggunakan kabel mikro USB yang boleh dihubungkan terus dengan peranti anda.
Ia mempunyai kepanjangan 18 inci, dengan diameter sekitar 3/4 inci yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis skrin monitor dari pelbagai jenama.
Penggunaan ruang yang minima & tidak menganggu pemandang anda pada skrin monitor ketika menggunakannya.
Butang Kawalan Pada BenQ ScreenBar
Seperti mana Bro katakan sebelum ini. Ianya memang mudah dipasang, bahkan mudah digunakan. Hanya 4 butang kawalan disediakan ;-
- Power (On / Off)
- Auto-brightness (Kawal keterangan secara automatik)
- Color temperature (Pemilihan warna cahaya lampu)
- Manual brightness (Kawal keterangan secara manual)
Sentuhan pada butang kawalan juga mudah & sensitif. Hanya meletakkan jari sahaja tanpa perlu mengenakan tekanan pada butang tersebut.
Terdapat 14 tahap keterangan yang boleh dikawal termasuk fungsi auto malap melalui sensor yang boleh mengesan tahap pencahayaan disekeliling dan menerapkan jumlah cahaya yang diperlukan.
Bagi Bro, BenQ ScreenBar banyak membantu sepanjang Bro membuat kerja dihadapan monitor tak kira siang atau malam. Ini kerana, Bro padankan pemilihan warna cahaya lampu dan kawal keterangannya berdasarkan situasi semasa.
Secara tidak langsung memberi Bro lebih masa untuk melakukan kerja dihadapan skrin monitor berbanding kebiasaan dimana Bro perlu mengambil banyak masa untuk merehatkan mata.
Jika anda bekerja bagi tempoh masa yang panjang pada keadaan cahaya yang tidak sesuai, anda boleh mengalami ketegangan mata & mata anda mudah berasa letih.
Harga untuk BenQ ScreenBar hanya RM499 & anda boleh dapatkannya di . Ia turut didatangkan dengan jaminan 2 tahun serta perkhimatan pengambilan dari lokasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai BenQ ScreenBar, anda boleh layari