January 13, 2025

Les’ Copaque Production: Dari Upin & Ipin ke Dongeng Sang Kancil

Les' Copaque Dongeng Sang Kancil

Penerbit animasi terkenal Malaysia, Les’ Copaque Production, kembali mencuri perhatian dengan filem animasi terbaru mereka, Dongeng Sang Kancil.

Sebagai studio pelopor animasi 3D di Malaysia, Les’ Copaque terkenal dengan karya seperti Upin & Ipin, yang bukan sahaja berjaya di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global.

Kini, mereka mengorak langkah ke hadapan dengan mempersembahkan filem animasi tempatan pertama yang menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.

Filem Dongeng Sang Kanci: Pengembaraan Epik di Rimba

Dongeng Sang Kancil, yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2024, menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa.

Filem berdurasi 90 minit ini mengisahkan perjalanan seekor Kancil yang ingin membela kematian ibunya, yang dibunuh oleh makhluk misteri dikenali sebagai ‘Bayang Hitam’.

Dalam usahanya mencari keadilan, Kancil dibantu oleh Gagak dan terpaksa menghadapi cabaran daripada tiga binatang pemangsa yang menguasai rimba: Helang Perkasa, Gajah Belukar, dan Raja Buaya.

Konflik bertambah rumit apabila Bayang Hitam menjadikan seluruh Hutan Rimba sebagai sasaran berikutnya.

Watak dan Pelakon Suara Dongeng Sang Kancil

Pelakon Suara Dongeng Sang Kanci

Watak utama Sang Kancil dihidupkan oleh Nini Razali, yang terkenal melalui siri Pada Zaman Dahulu. Turut serta ialah penyanyi terkenal Amir Masdi, yang membuat debutnya sebagai pelakon suara Harimau Kumbang dan turut menyanyikan dua lagu untuk filem ini.

Pelakon suara lain termasuk Dinda Dania (Arnab), Loke Keng Sun (Sang Tupai), Md Fadzrian Ildzan (Gajah Belukar), Muhammad Hafiz Hassan (Helang Perkasa), dan Ahmad Razuri Roseli (Raja Buaya), yang juga merupakan pengarah filem ini.

Keunikan Visual dan Teknologi

Les’ Copaque Production membuktikan kepakaran mereka dengan memperkenalkan teknologi terkini dalam animasi. Dongeng Sang Kancil adalah filem animasi tempatan pertama yang menggunakan teknik 2.5D, gabungan antara animasi tradisional 2D (lukisan bingkai demi bingkai) dan animasi 3D (key framing).

Proses ini memerlukan rendering purata 50 lapisan untuk setiap babak, lima kali ganda lebih kompleks berbanding siri Upin & Ipin. Hasilnya, visual filem ini tampil memukau dengan kedalaman dan tekstur yang unik.

Selain itu, Dongeng Sang Kancil adalah filem animasi tempatan pertama yang menggunakan sistem bunyi Dolby Atmos Finas, memberikan pengalaman audio yang lebih imersif kepada penonton.

Semua ini disiapkan dalam tempoh satu setengah tahun, lebih pantas daripada jangkaan asal dua tahun, membuktikan kehebatan krew produksi Les’ Copaque yang terdiri daripada anak seni tempatan.

Penyanyi OST Dongeng Sang Kancil
Penyanyi OST Dongeng Sang Kancil – Nini Razali, Dinda Dania & Yubi

Filem ini turut menampilkan lima lagu yang mengiringi perjalanan cerita, termasuk ‘Dongeng Sang Kancil’, ‘Hoo La Hey’, ‘Nasib Buaya’, ‘Bayang Hitam’, dan ‘Dikir Harimau Kumbang’.

Lagu-lagu ini tidak hanya menceriakan suasana tetapi juga memperkuatkan emosi dalam setiap babak.

Dongeng Sang Kancil : Kisah Rakyat yang Diolah Semula

Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque, Haji Burhanuddin Md. Radzi

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque, Haji Burhanuddin Md. Radzi, Dongeng Sang Kancil membawa kisah Kancil ke tahap baharu.

“Kami ingin menginspirasi dunia melalui cerita rakyat ini. Kancil bukan sahaja digambarkan sebagai haiwan bijak dengan muslihatnya, tetapi juga sebagai Wira Rimba yang membawa penyelesaian kepada masalah besar penghuni hutan,”

Filem ini diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw sebagai pengedar dan penggerak pemasaran. Penonton boleh menjangkakan pengalaman filem yang penuh emosi dan aksi mendebarkan, sesuai untuk tontonan seisi keluarga sempena cuti sekolah.

Poster Dongeng Sang Kancil

Kenapa Anda Perlu Menonton Dongeng Sang Kancil?

  1. Karya Animasi Tempatan yang Bermutu Tinggi: Mengangkat cerita rakyat Malaysia ke layar perak dengan visual berkualiti dan teknologi terkini.
  2. Cerita yang Sarat dengan Nilai dan Inspirasi: Pengembaraan Sang Kancil mengajarkan keberanian, kecerdikan, dan pentingnya keadilan.
  3. Produksi Anak Tempatan: Kejayaan ini membuktikan kemampuan bakat tempatan dalam menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

Marilah sama-sama menyokong industri animasi tempatan dengan menonton Dongeng Sang Kancil di pawagam.

Gunakan #DongengSangKancil dan #WiraRimba untuk berkongsi pengalaman anda di media sosial. Untuk maklumat lanjut dan klip menarik, ikuti akaun media sosial Les’ Copaque Production dan Astro Shaw.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *