August 9, 2022

Mengapa Galaxy A73 5G Jadi Pilihan Jurugambar dan Juruvideo?

Samsung Galaxy A73 5G

Sekiranya anda sedang mencari peranti yang sesuai untuk memulakan hobi fotografi anda, Galaxy A73 5G sedia untuk dipasarkan di mana-mana Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Dealers dan Samsung Malaysia Online Store.

Bagi jurugambar dan juruvideo seperti Bryan Goh, yang terkenal dengan fotografi malam dan seni binanya, ianya sangat penting bagi Bryan untuk berkongsi perspektif kreatif serta mendidik dunia tentang pengalamannya.

Gambar yang diambil dengan baik bernilai lebih daripada seribu perkataan. Diambil dalam sekelip mata, gambar boleh membentangkan naratif, mencetus emosi, dan juga membawa isu-isu semasa ke permukaan.

“Bukan sahaja saya boleh mengambil gambar dengan resolusi kamera yang sangat tinggi, tetapi saya juga boleh memetik idea dan maklumat secara serentak dengan sambungan 5G yang laju ini”

Dengan sistem kamera yang dinamik, telefon pintar yang dicipta dengan spesifikasi tertinggi daripada keluarga siri Galaxy A ini dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan penstabilan imej optik (OIS) – memberikan ia kualiti yang diimpi-impikan pengguna.

Bryan Goh Galaxy A73 5G

Apabila sedang menyunting gambar atau video, Bryan mendapati “Adaptive Brightness” pada paparan besar Super AMOLED+ Galaxy A73 5G menjadi salah satu ciri utama yang berharga baginya.

Oleh kerana dia menghabiskan banyak waktunya bekerja pada malam hari dan di dalam suasana yang malap, Bryan berkongsi bahawa Eye Comfort Shield membantunya mengurangkan tekanan pada mata dan memberi lebih banyak peluang untuk mengambil gambar serta video tanpa perlu bergegas.

Selain itu, Bryan mendapati storan dalaman sebanyak 256GB adalah sangat bermanfaat.

Melalui Link to Windows, jurugambar ini dapat menikmati pengalaman yang lancar – walaupun sedang mengendalikan beberapa tugas pada satu masa.

Apabila disambungkan ke komputer riba atau tablet, anda boleh mencerminkan skrin telefon dengan mudah, pada masa yang sama melihat pemberitahuan, memindahkan gambar dan rakaman serta menjawab panggilan dan mesej. Ianya sesuai untuk profesional yang sibuk seperti Bryan.

Mulai hari ini hingga 31 Ogos 2022, anda boleh mendapatkan diskaun 20% Samsung Care+ dengan pilihan sehingga 2 tahun apabila anda membeli mana-mana peranti Siri Galaxy A terbaharu.

Lebih baik lagi, nikmati penjimatan hebat apabila anda menukar beli peranti anda yang layak untuk menerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas.

Selain itu, dengan setiap pembelian peranti, anda boleh menikmati 6 bulan storan awan 100GB OneDrive secara percuma – sekarang, anda tidak perlu bimbang akan kekurangan storan di peranti anda!

Untuk maklumat lanjut tentang peranti Galaxy A73 5G, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a73-5g-awesome-mint-256gb-sm-a736blghxme/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *