Huawei AppGallery memperingati ulang tahun pertama Ragnarok X: Next Generasi (ROX) dengan mengadakan pelbagai kempen besar-besaran selama dua bulan.
Kemuncaknya adalah War of the Chosen S2 Govern Thunder Watch Party dengan kehadiran lebih daripada 300 pemain ROX bertempat di Boathouse, Kuala Lumpur.
War of the Chosen (WOC) merupakan acara rentas platform yang membolehkan pemain di PC bersama dengan pemain di telefon pintar untuk bertempur di dalam kejohanan terbuka.
Bagi WOC musim kedua, Huawei telah menaja dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga $60 ribu untuk 8 pasukan terbaik bagi benua Asia Pasifik.

Watch party ini merupakan acara pertama selepas 2 tahun yang dianjurkan oleh AppGallery untuk mengumpulkan pemain-pemain secara luar talian dan menyediakan platform untuk pemain berhubung dengan ‘guild members’.
Sewaktu Watch Party, Bro berpeluang untuk bersosial sambil melibatkan diri ke dalam dunia ROX dan menikmati semua acara yang berlangsung di sini.
Menariknya, Bro dapat mencuba bermain Ragnarok X: Next Generation pada peranti pintar terkini dari Huawei.
Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android di Play Store dan juga AppGallery.