April 13, 2024

Spritzer Perkenalkan Botol Tanpa Label

Spritzer Perkenalkan Botol Tanpa Label

SPRITZER telah mengumumkan pelancaran inisiatif kelestarian terbaharu iaitu botol air mineral semulajadi kaya dengan silika Spritzer tanpa label dan 100% boleh dikitar semula.

Ia sebagai langkah ke arah mengurangkan penggunaan plastik dan meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

Kualiti Air Mineral Semulajadi Spritzer tetap sama, punca air tetap dipelihara di kawasan Taiping, Perak.

Air Mineral Semulajadi Spritzer yang kaya dengan mineral silika mempunyai rasa yang lebih baik dan telah diiktiraf oleh Institut Rasa Antarabangsa yang berpangkalan di Brussels dengan pengiktirafan tiga bintang dalam Anugerah Rasa Unggul 2022.

Air mineral semulajadi Spritzer berkualiti seimbang dan sesuai untuk membancuh kopi, teh dan digunakan untuk memasak.

Untuk pelancaran, botol tanpa label akan memulakan dengan pengedaran terhad pada peringkat permulaan dan kini boleh didapati di kedai dalam talian Spritzer dan Spritzer EcoPark.

Pilihan Air Mineral Semulajadi Spritzer 1.25 liter dan 550 mililiter kini dihadir dalam pilihan tanpa label.

Inisiatif terbaharu pembungkusan lestari ini adalah jejak langkah terhadap komitmen kami untuk menjadi jenama sekular sepenuhnya menjelang tahun 2030. Kesemua botol Spritzer dihasilkan daripada bahan plastik kitar semula yang boleh dikitar semula selepas diminum.

Kini, Spritzer mengambil tanggungjawap untuk menyelamatkan planet kita dengan membekalkan produk dengan pembungkusan yang lebih lestari kepada para konsumer.

Sebagai jejak langkah usaha ESG, Spritzer juga menggalakkan para konsumer yang bertanggungjawab mengambil langkah kecil bersama munuju ke arah kelesterian alam sekitar seperti memilih produk mesra alam untuk memastikan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *