April 20, 2024

Pengalaman Sertai KBS Rimau Run 2023 Anjuran Kementerian Belia dan Sukan

KBS Rimau Run 2023

Setelah hampir 2 bulan tak join larian, akhirnya Bro sertai KBS Rimau Run 2023 yang merupakan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama KL CAR FREE MORNING.

Program larian santai ini memberi ruang dan peluang yang ada untuk sama-sama membentuk satu Masyarakat Madani yang mempunyai pemikiran yang cergas dan kesihatan rohani yang unggul serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

Ini merupakan kali pertama kerjasama diantara KBS dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai penganjur utama

Larian sejauh 5KM bermula seawal 7 pagi dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Medal KBS Rimau Run 2023

Untuk larian KBS Rimau Run 2023 ini, Bro sertai atas beberapa sebab sebenarnya. Antaranya :-

  • Yuran penyertaan yang murah.
  • Design baju yang menarik
  • Medalnya pun menarik & nampak berkualiti
  • Lokasi berdekatan
  • Dihasut oleh geng2 dari team larian yang Bro kenali.

Geng Larian KBS Rimau Run 2023

Ini antara geng dari team larian yang Bro kenali dari larian sebelum ini. Dorang nie dasyat-dasyat juga. Tapi memang seronok berkawan dengan dorang ni.

Jika sebelum nie, Bro hanya sertai larian bersama puan isteri.

Sekarang, Bro dah ada geng yang punyai minat yang sama dan selalu berkongsi dalam group whatsapp.

Insya’lah kami akan berjumpa lagi pada larian yang akan datang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *