September 10, 2024

BroSamurai Masuk Surat Khabar Kerana Guardian Fun Run 2023

Masuk Surat Khabar Guardian Fun Run 2023

Rezeki dah lama tak masuk surat khabar, kali ini masuk kerana gara-gara berpakaian Samurai sewaktu acara Guardian Fun Run 2023 yang berlangsung di Dataran Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Ikutkan, ini kali pertama Bro sertai larian dengan pakaian ala cosplay semata-mata untuk memenangi hadiah yang ditawarkan bagi kategori kostum terbaik.

Bro join sebab kena racun dengan rakan cosplay runner yang selama ini Bro temui setiap kali menyertai larian.

BroSamurai Guardian Fun Run 2023

Dan Bro memilih kostum samurai untuk larian ini.

Kenapa Samurai?

Susah nak jawab, ikutkan costum ini yang murah dan delivery cepat. Ye la, event dah dekat sangat baru decide nak join kategori pakaian terbaik.

Kostum Samurai termasuk pedangnya, anda boleh dapatkan dari link ini – https://mycollection.shop/broframestone

Guardian Fun Run 2023 HMetro

Untuk versi elektronik, korang boleh baca di SINI.

Terima kasih kepada wartawan Harian Metro yang sudi menemubual Bro tempoh hari, walaupun apa yang ditemubual tak masuk dalam paper. Janji muka ada, jadi la.

Guardian Fun Run 2023

Guardian Fun Run 2023 Cosplay Runner
Bersama rakan-rakan Cosplay Runner di Guardian Fun Run 2023.

Dikatakan lebih 4,000 peserta menyertai Guardian Fun Run 2023 melalui 2 kategori yang ditawarkan, yakni 3km & 5km.

Memang meriah, dengan pelbagai acara yang diadakan termasuk juga pameran dari booth jenama yang terlibat. Boleh dikatakan setiap booth dipenuhi oleh pengunjung yang hadir.

Bro ambil 3km sebab kebanyakan laluan sepanjang larian adalah mendaki. Ia lebih mencabar berbanding melalui laluan landai, dimana lebih banyak tenaga diperlukan dan lebih tekanan pada kaki dikenakan.

Geng Runner Guardian Fun Run 2023
Bersama Geng Runner yang selama ini join larian sama-sama. Dorang pun terkejut tiba2 Bro jadi Samurai.
BroSamurai Fan Guardian Fun Run 2023
Bersama 2 gadis comel yang menjadi teman Bro sepanjang minggu (Event sesama). Dan Bro tahu apa yang dorang buat waktu Guardian Fun Run 2023.

Medal Guardian Fun Run 2023

Ok geng, ini rupa Medal Guardian Fun Run 2023. Gila besar dan berat juga. Berbaloi sangat join run bila dapat medal cantik-cantik macam nie.

Walaupun 3km, korang boleh nampak peluh dekat muka Bro.

Jika sebelum nie, takat 3km susah nak nampak Bro berpeluh. Tapi bila pakai costume, tak sampai 1km dah lenjun. Lepas tue bantai laluan mendaki pulak.

Jumpa lagi di next run!

Kalau berjumpa / bertembung dengan BroSamurai / AbgSamurai sewaktu event larian. Tegur-tegur la dan ajak bergambar sama.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *