Baru-baru ini, Bro telah “bercuti” ke Singapura dalam tempoh sehari mengikuti trip yang dianjurkan oleh Percutian Jimat Saya.
Dikesempatan ini, Bro dan beberapa rakan blogger berkongsi pengalaman menaiki teksi dari Haji Lane menuju ke Pulau Sentosa.
Sama seperti teksi di Malaysia, limit hanya 4 orang sahaja (Bro sorang je lelaki + 3 orang anak dara).
Bro mengelat, sepantas kilat terus masuk teksi dan duduk di seat belakang. Dorang semua dok bising-bising tanya kenapa Bro tak nak dok depan.
He…23x
Bukan bermakna Bro seorang yang tidak gentleman.
Cuma, Bro ingin cari port untuk melelapkan diri. Biasalah, waktu macam ini baru dapat peluang “melarikan diri” seketika dari menjadi Househusband.
Sambil melelapkan mata,
Bro tetap pasang telinga mendengar apa yang dibualkan oleh mereka bersama pemandu teksi. Walaupun pemandu teksi mereka tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi dia cuba juga untuk berbual dengan kami.
Apa yang pasti, mereka tiada sembang pasal politik, bola sepak, Singapore vs Malaysia mahupun masalah yang dihadapi oleh Pemandu Teksi di sana.
Cuma mereka sembangkan tentang,
Isu Tenaga Kerja dari Bangladesh datang ke Malaysia, dan orang Malaysia datang ke Singapore untuk berkerja. Begitu juga dengan isu pelabur dari Malaysia yang melabur di sana.
Yang menariknya, teksi mereka lebih kemas, selesa dan tidak berbau kepam / rokok.
Uncle ini juga bagitau, di Singapura hanya warga negara Singapura sahaja boleh menjadi pemandu teksi. Warga asing termasuk warga Malaysia tidak dibenarkan.
Maka, kami bertanya tentang pekerjaan yang di buat oleh rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura.
Uncle ini bagitau, kebanyakan rakyat Malaysia datang ke Singapura berkerja dalam F&B dan juga hospitality. Gaji yang ditawarkan walaupun tidak beberapa banyak, tetapi kalau diconvert kepada MYR agak lumayan juga.
Lagipun kebanyakan dari mereka berulang alik dari Malaysia – Singapura setiap hari.
Total tambang yang perlu kami bayar adalah SGD10 (lebih kurang RM30). So seorang hanya perlu bayar SGD2.50 (lebih kurang RM7.50).
Sekiranya anda ingin bercuti seperti kami di Singapura. Boleh roger Percutian Jimat Saya dengan pakej serendah RM135.
Kredit Gambar : Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya
Pemandu teksi ni umpama duta kecil industri perlancongan negara
kalau berakhlak mereka. Memang wangilah nama negara
Itu la, tapi kebanyakan yang main peranan as duta kecil adalah pemandu TEKS1M
enak bener janjalannya. penegnlah awak jga ke singapore
pehh..
korang pi sana plak ehh..
He….23x teringin nak pergi. Nak dok sana tak mampu. Ini sehari pun dah rasa terbeban.
sebagai pemandu, memang heaven kalau dapat duk belakang membuta, lama gak aku tak duk belakang..ahaha
pernah sekali je ambil teksi di singapore.. selebihnya lebih suka guna MRT ke mana-mana… :)
murah juga kalau duit sana tambang tu SG2.50.
SG2.50 seorang he…23x Tapi rasanya, naik je teksi, meter dah papar SG4 huhuhu telan air liur kejab
best uncle nie
peramah..
“Bangladesh pergi Malaysia Cari Kerja, Malaysia Pergi Singapore Cari Kerja ”
hahah dia pun tau isu semasa malaysia
greatt n nice banget tuh mobil, kapan ane di ajakin jalan2 ke singapore? salam kenal
sru sekali sepertinya, kapan yah bisa kesana?? :)