Coca-Cola® kini menyambut ulang tahunnya ke-80 di Malaysia dan Singapura.
Oleh itu, mereka telah mengemukakan strategi pemasaran global barunya, “One Brand” (Satu Jenama), yang menyatukan Coca-Cola, Coca-Cola light® dan Coca-Cola zero®, di bawah jenama ikonik Coca-Cola dalam satu slogan kempen kreatif antarabangsa, “Taste the Feeling ™”.
Ianya telah diumumkan oleh Gill McLaren, selaku Pengurus Besar Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Brunei, dan Stephen Lusk, Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola Bottling Investment Group Singapura, Malaysia dan Brunei.
Pendekatan “One Brand” ini menandakan titik permulaan strategi utama pembangunan Coca-Cola yang baru.
Strategi ‘One Brand’:
- Memantapkan ekuiti global dan tarikan jenama Coca-Cola yang asli merentasi barisan keluarannya, untuk menyatukan keluarga produk-produk Coca-Cola di bawah satu jenama ikonik yang melambangkan minuman terunggul di dunia.
- Kempen global yang mencerminkan gaya hidup baru – kempen “Taste the Feeling” menggunakan kaedah bercerita dan detik-detik kehidupan untuk menghubungi semua pelanggan di seluruh dunia
- Memberi tumpuan kepada intipati pengiklanan kreatif Coca-Cola dengan meraikan nikmat pengalaman meminum produk Coca-Cola.
- Mengutarakan komitmen Syarikat terhadap kepelbagaian pilihan, untuk memberi pelanggan kuasa memilih antara pelbagai produk Coca-Cola yang sesuai dengan citarasa, gaya hidup dan keperluan pemakanan masing-masing.
Slogan “Taste the Feeling™” akan menggantikan “Open Happiness™”, yang telah digunakan dalam semua aktiviti pemasaran Coca-Cola selama tujuh tahun yang lepas.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari https://TasteTheFeeling.coca-cola.com, atau menyertai pengalaman “Taste the Feeling” melalui hashtag #SyoknyaRasa.
*********************************************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter ! Instagram ! Google+
wah 80 thn dah :D
Tua dari bro :P
coca cola + ais krim vanila nyummy (^_~)
Bukan ke, kita nie sebaya? Dah tua juga iena he…23x
tak sangka dh 80 tahun…
syok cola..huhu
Harap kita pun mampu bertahan hingga usia 80 tahun :)
Saya suka minum Coke Zero sebab tidak ada gula.
brand besar macam coca cola ni , pemasaran memang terbaik. dah 80 tahun masih gah bertahan.
Wow dah 80 tahun menapak di Malaysia? Memang super brand la
coke zero ni tanpa gula ek. bagus juga na