Panasonic memperkenalkan produk terbaharunya, Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W), model baharu Cubie Oven dalam kapasiti 31L.
Ketuhar ini direka untuk mengubah cara memasak dan menggalakkan gaya hidup sihat. Perkakas dapur tercanggih ini menggabungkan kuasa stim dengan ciri memasak yang serba boleh. Ketuhar ini juga mudah digunakan dan dibersihkan, bersesuaian dengan konsep rumah moden.
Panasonic Cooking menyedari betapa pentingnya untuk menyediakan hidangan berkhasiat dalam masa yang singkat, sekaligus menjadikan Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) penyelesaian praktikal dan rakan kongsi dapur yang sempurna untuk keluarga yang sibuk, terutamanya ibu yang bekerjaya.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) sebagai teman dapur yang ideal untuk individu dan keluarga yang mementingkan kesihatan atau mereka yang sedang berencana untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat,” – Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.
Ketuhar Cubie Baharu NU-SC280W menawarkan stim berkuasa tinggi untuk gaya hidup yang lebih sihat
Ketuhar Cubie baharu (NU-SC280W) menerajui dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui fungsi stimnya yang berkuasa sehingga 120 ?.
Dengan mod stim, Cubie Oven baharu membantu menyerap gaya hidup sihat tanpa menjejaskan rasa dengan mempatri perisa dan mengekalkan khasiat penting.
Menu memasak serba boleh dengan pembersihan mudah untuk semua
Dengan lebih daripada 70 menu memasak dan tujuh pilihan pembersihan, Cubie Oven memudahkan tugas memasak dan membuka pelbagai ruang kemungkinan di dapur.
Kebolehgunaan setiap hari menjimatkan masa anda dan memudahkan memasak
Powerful Steam Convection Cubie Oven (NU-SC280W) baharu mudah digunakan bagi menjimatkan masa individu dengan gaya hidup yang sibuk dan keluarga besar supaya mereka dapat menikmati pengalaman memasak yang lebih mudah dan
menyeronokkan.
Gaya elegan dan minimalisnya sesuai dengan hiasan dapur, sama ada moden atau tradisional.
Teman dapur yang ideal untuk kediaman anda kerana ia menawarkan penyelesaian yang komprehensif untuk mengubah rutin memasak dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat untuk semua.
Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila lawati kedai pengedar sah Panasonic yang terdekat atau laman web rasmi di Cubie Oven | Panasonic Malaysia.