Tempoh hari, Bro dan beberapa rakan blogger ber”niche” gaya hidup @ Lifestyle dan Tech Blog telah menghadiri Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp.
Ianya telah berlangsung di The Cooking House, Jalan Maarof, Bangsar menjadi lokasi untuk Bloggers Boot Camp kali ini.
Tujuan ia diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan Dell Inspiron 23 All-in-One Desktop kepada media dan rakan blogger.
Dalam masa yang sama menjalinkan kerjasama antara kami dengan pihak Dell Malaysia.
Bro pernah kongsikan artikle mengenai Dell Inspiron 23 All-in-One Desktop di sini (jangan lupa klik)
The Cooking House, Bangsar
The Cooking House, Bangsar menjadi markas kami dari pagi hingga ke petang.
Tak susah pun nak cari lokasi ini. Cuma parking agak terhad. Terima kasih kepada pihak penganjur yang prihatin menyediakan tempat untuk kami parking kenderaan.
Parking adalah percuma.
Kalau bayar parking ikut jam, mahu rabak juga poket kami. Sebab dari pagi sampai ke petang kami penuh dengan aktiviti, hingga tidak sedar masa berlalu. Lagipun tempat ini, selesa dan sesuai untuk aktiviti yang kami lakukan.
Apakah aktiviti yang berlangsung sepanjang Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp?
Berinteraksi dengan Teknologi Intel RealSense
Alarte Ascendare (Pronunciation: A-LAR-tey ah-SEN-deh-rey) <- Salah satu spell dalam cerita Harry Potter.
Apa yang sebenarnya Bro telah buat ini?
Awat tangan macam tue?
Kata Dell Inspiron 23 7000 All-in-One Desktop jenis boleh touch screen. Awat Bro tak touch pun screennya? Awat tangan macam touch sesuatu dekat udara?
Pelik tak? Pelik tak?
Bro sebenarnya tengah berinteraksi dengan Teknologi Intel RealSense yang dipasang pada Dell Inspiron 23 7000 All-in-One Desktop.
Dimana sebarang pergerakan Bro dihadapannya mampu membuat ianya bertindak balas.
Waktu ini, Bro jadi komposer muzik dengan hanya mengerakkan tangan diudara pada bahagian tertentu dihadapan kamera untuk menghasilkan lagu yang Bro sendiri pun tak tahu (biasalah, saya bukan ahli muzik)
Teknologi ini lebih kurang sama dengan teknologi yang terdapat pada konsol permainan dipasaran. Bagaimanapun dengan adanya ciri ini pada Dell Inspiron 23 7000 All-in-One Desktop mampu menjadikan ianya “komputer masa depan”
Itu yang diperkatakan sendiri oleh Mr. Christopher dari Dell Malaysia.
Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop
Selepas habis membelek Dell Inspiron 23 7000 All-in-One Desktop, Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi (pinjam sekejab) Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop.
Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop lebih kepada home user dan tidak mempunyai beberapa ciri istimewa yang sedia ada pada Dell Inspiron 23 7000 All-in-One Desktop.
Kami dibenarkan membelek dan mengkaji dengan keupayaan Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop dimana aktiviti kami selepas ini melibatkan penggunaanya.
Paling menarik,
Kumpulan yang menang, akan membawa pulang Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop setiap seorang.
Siapakah yang bertuah itu?
Ahli Kumpulan Bro : Bro Framestone + Mr Jocko + Mohd Zarin
Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp – Blogger MasterChef
Tugasan pertama yang diberikan adalah, kami jadi “Blogger MasterChef” dalam acara Baking Mad. Nampaknya skill campak-campak Bro tidak boleh dipraktikan dalam masakan kali ini.
Kami dikehendaki menyediakan Banana Muffin dan Butter Cookies dalam tempoh masa yang diberikan (45 minit + extra 5 minit = tak cukup masa he..23x)
Panduan dan resepi penyediaan boleh didapati pada aplikasi yang telah diinstall ke dalam Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop.
Nampak tak Bro buat-buat sibuk hadap Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop time orang lain kena interview. Orang tengah nak rush, boleh pula dia interview maka melambatkan sikit pergerakan kami he..23x
Alasan je tue.
Faktor cuaca dan suhu juga memain peranan dalam memastikan masakan kita sedap. Maka kami perlu meninjau keadaan cuaca dan suhu menggunakan Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop.
Paling sedihnya,
Kami hanya mempunyai 3 peluang untuk bertanya kepada Chef melalui Skype di Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop.
Semuanya perlu menggunakan Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop. Tapi jangan jadikan Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop sebagai papan pemotong he…23x
Aksi Bro buat-buat sibuk tengah dirakam.
Waktu ini, dalam kepala Bro hanya fikir. Kenapa buat contest masak campak-campak je. Rasa nak campak-campak je semua masuk oven then tunggu masak he..23x
Kerjasama dalam kumpulan itu penting. 10 % tue.
Jom kita tengok, apa hasilnya he…23x Jangan ingat blogger lelaki macho hensem kacak macam kami tak reti masak.
Banana Muffin paling sedap sekali.
Cer teka kumpulan siapa punya ini? Hint : Kumpulan ada blogger hensem, macho blah blah blah, siapa lagi kalau bukan Bro Framestone.
Kami sendiri pun tak sangka, percubaan pertama kami berjaya.
Butter Cookies paling comel sekali. Secomel si tukang buat.
Kalau dah comel tue, bukan kami bertiga la kan. Tak pe, kami terima dengan hati yang terbuka. Janji si dia dah add Bro dekat facebook. Nanti boleh buat Butter Cookies sesama dilain masa.
Dell InnoLifestyle Bloggers Boot Camp – The AIO Mastermind
Masih lagi aktiviti dalam kumpulan.
Kali ini kami dikehendaki berkongsi cerita apa yang kami boleh buat dengan adanya Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop ini (kiranya waktu ini dah terbayang dapat bawa benda ini balik seketul).
Bagi kumpulan Bro,
Masa 5 minit yang diberikan, digunakan sebaik mungkin dimana Mr Jocko menceritakan fungsi yang terdapat Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop mampu membantu beliau berkerja dirumah, dipejabat mahupun berjumpa dengan klient diluar.
Bagi Mohd Zarin pula, Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop dapat membantu beliau dalam bidang photographer. Dimana gambar yang diambil dapat dipindahkan dan diedit dengan mudah. Kemudian klient boleh tengok hasilnya pada paparan yang sama.
Bagi Bro pula, Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop bukan sahaja dapat memenuhi kehendak Bro bahkan kehendak Baby Fisha dimana anda boleh berkongsi melakukan kerja sambil anak anda turut bermain disebelah dengan fungsi split screen.
Maka tiada kes seperti berebut tablet anak dengan bapak.
Sebagai penutup, kami buat aksi selfie beramai-ramai dengan menggunakan Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop.
Ini sekaligus, menjadikan Team Bro memenangi sesi ini.
Kami membawa pulang voucher IKEA bernilai RM100.
Kemenangan ini meletakan kumpulan kami dihadapan untuk memenangi Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop sebiji sorang.
Kumpulan lain dah start gigit jari dah.
Akhirnya yang dinantikan telah tiba, dimana hanya satu kumpulan sahaja akan berjaya membawa pulang Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop sebiji sorang.
Dan pemenangnya adalah…..!!!
Awat xde muka Bro?
Inilah bukti nyata dan jelas bahawa kumpulan Bro tewas pada kumpulan yang pandai buat butter cookies yang Bro nyatakan tadi.
Tak pe, bukan rezeki kami.
** Sedang dikemaskinikan ***
Sekiranya anda ingin mengetahui perkembangan dan info terkini tentang produk atau tawaran dari Dell, anda boleh layari http://www.dell.com.my atau facebook mereka di https://www.facebook.com/DellMalaysia.
tapi skrg Dell kurang pendedahan kan..huhuhu
Harap makin banyak produk dell di pasaran slepas ini…
Isteri tengah cari notebook baru sekarang ni… Alangkah bagusnya kalau Dell ada buat promosi, harga notebook murah… ;)
Kalau ikutkan ada je. Tapi nak murah, beli secara Online.
besar gedabak cenggitu, tak best..ehehee
Atenya desktop…. kalau tablet… sure la kecik
Gua tak mampu beli dell. Mampu tengok je. hehehe
Bukan ke mu baru beli MacBook ke?
wahh abam2 sado je blh selfie cm tu :P
ehemmm bro pandai masak ke tu (^_~)
Heppp Hepppp nak try rasa masakan Bro ke? Risau lepas rasa, terus terindu2 dekat Bro nanti la la la