Walaupun pendaftaran last minute, Bro berkesempatan juga untuk sertai Ampang Jaya Night Run 2023 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 15 Julai 2023.
Ikutkan Bro tak bercadang untuk sertai mana-mana larian pada minggu ini selepas baru buat minor surgery pada kaki kanan Bro.
Tapi biasalah Bro kan..
Gatai kaki, dan ternampak pula iklan lalu lalang mengatakan pendaftaran masih lagi dibuka walaupun tinggal beberapa hari sebelum acara bermula.
Lebih menarik lagi bila ada geng-geng larian join sekali walaupun dalam group depa kata tak join larian ini. Hampeh betul, bab mengusik No. 1 hahahaha…
Alhamdulillah tahun ini Bro ada geng larian dan kami telah sertai beberapa larian bersama. Sesuatu yang positif juga dalam hidup Bro bila berada dalam circle yang mempunyai minat yang sama.
Cuma, kalau dengan dorang sah sah Bro akan tertinggal jauh punya.
Untuk pengetahuan korang,
Acara Ampang Jaya Night Run 2023 telah memasuki edisi ke-6 dan kali ini ia diadakan sekitar Menara MPAJ, jam 9 malam dihadiri oleh 4,000 peserta.
Terdapat 5 kategori akan dipertandingkan iaitu enam kilometer ‘fun walk’ dan 12 kilometer larian lelaki dan perempuan terbuka serta lelaki dan perempuan veteran.
Bro macam biasa,
5 kilometer ‘fun walk’ menjadi pilihan. Buat masa ini Bro masih belum bersedia untuk larian 10km & keatas. Insya’lah tahun depan Bro akan cuba sertai acara dengan jarak yang lebih jauh.
Perlepasan diadakan secara berperingkat bermula pukul 10 malam bagi peserta larian berjarak 12 kilometer.
Pukul 10.15 malam baru peserta 6 kilometer ‘fun walk’ dilepaskan.
Ini merupakan medal yang kami terima selepas menamatkan larian.
Korang nampak medal semua macam sama kan? Sebenarnya tidak.. Ada bezanya medal untuk larian 6km dengan medal untuk larian 12km.
Hint : Hanya sorang sahaja dalam team Bro yang sertai larian 12km.
Paling ketara dan tak boleh blah.
Ini merupakan acara larian pertama yang Bro sertai dimana lepas tamat larian, peserta disajikan dengan roti canai, apam balik & cendol.
Selalunya dapat roti / pisang + air mineral je.
Bicara Bro : Apa-apa pun acara Ampang Jaya Night Run 2023 kali ini memang meriah, cuma route dia agak mencabar (ada beberapa laluan mendaki) dan ada laluan yang terpaksa menahan nafas (bau longkang yang agak…)
Lagi satu Bro dapati ada pengguna jalan raya yang tak reti nak bagi kerjasama. Membunyikan hon sedangkan keadaan trafik terkawal dan dikawal dengan baik.
Lagipun terdapat bunting dari pihak MPAJ yang menyatakan beberapa laluan akan ditutup sewaktu acara berlangsung dan minta pengguna merancang perjalanan mereka. Tapi biasa la, tak semua orang akan alert.
Adios….!!!