Aqara, pembekal tersohor produk rumah pintar, hari ini mengumumkan pelancaran rasminya di Malaysia dengan kerjasama Hello Smart Sdn Bhd, pengedar sah dan rakan kongsi perkhidmatan Aqara di Malaysia.
Pelancaran itu akan memperluaskan pasaran Aqara di Malaysia, di mana jualan peranti rumah pintar dijangka meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada RM2.7 bilion menjelang 2027.
Menurut Statista iaitu sebuah firma penyelidikan, pasaran rumah pintar Malaysia masih di peringkat awal pertumbuhan, dengan jumlah jualan peranti rumah pintar dianggarkan berjumlah AS$268.2 juta (RM1.25 bilion) pada 2022.
Di Malaysia, hanya satu daripada sepuluh rumah (13.8%) mempunyai peranti rumah pintar, menurut Statista. Angka ini dijangka akan meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2027, iaitu kepada 26.0% di kala kesedaran pasaran meningkat, kos peranti pintar menurun dan keupayaan teknologi meningkat.
Kadar penembusan yang lebih tinggi ini dijangka akan menghasilkan jualan tahunan peranti rumah pintar lebih dua kali ganda kepada AS$581.70 juta (RM2.71 bilion) pada 2027.
Namun begitu, anggaran ini meninggalkan banyak ruang untuk pertumbuhan. Di kalangan pemilik peranti rumah pintar di Malaysia, purata perbelanjaan tahunan untuk teknologi rumah pintar diramal mencecah AS$247 pada 2027, lebih 50% lebih rendah daripada AS$547 yang dibelanjakan oleh pemilik peranti rumah pintar AS pada 2022.
Memandangkan permintaan untuk produk ini semakin meningkat di Malaysia, teknologi rumah pintar telah dilancarkan di kebanyakan projek kediaman utama termasuk Gamuda Land’s Gamuda Cove di selatan Lembah Klang, OSK Property’s Ryan & Miho di Petaling Jaya dan IJM Land Bhd’s Swans @ Bandar Rimbayu di Selangor.
Perihal Aqara – Penyedia Rumah Pintar Terkemuka
Lihat Produk Aqara : Aqara Flagship Store by Hello Smart @ Lazada.
Diasaskan pada 2016, Aqara ialah penyedia rumah pintar terkemuka dengan pejabat di New York dan Shenzhen.
Dengan portfolio komprehensif yang terdiri daripada pelbagai sensor pintar kepada suis, kamera, langsir dan kunci pintu pintar, Syarikat komited untuk memastikan pengalaman rumah pintar yang lancar, proaktif dan intuitif.
Aqara juga merupakan salah satu penyokong awal piawaian sambungan IoT baharu, Matter, dan telah bekerjasama dengan rakan kongsi industri untuk meningkatkan kesalingoperasian dan kesederhanaan teknologi rumah pintar.
Aqara kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 7 juta pelanggan di seluruh dunia, dengan rakan kongsi pengedaran di 6 benua – Asia, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Australia.
Syarikat juga menawarkan salah satu set paling komprehensif bagi penyelesaian rumah pintar serasi Apple Home di pasaran, dan peranti Aqara boleh didapati di Kedai Apple di seluruh Asia, Eropah dan Oceania.
Ketika Syarikat terus mengembangkan jejak globalnya, Aqara berharap untuk membawa lebih banyak teknologi rumah pintar yang mudah diakses kepada isi rumah di seluruh dunia.