Sempena ulang tahun ke-50, KFC Malaysia mengumumkan penganjuran Festival Muzik KEPCI 2023 dengan kemuncak sambutannya adalah konsert yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempatan.
Membariskan bakat tempatan dan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar, Bunkface, Bunga, COEX, DOLLA, Dalia Farhana, Estranged, Evelyn Feroza, Forceparkbois, Insomniacks, Luqman Podolski, Masdo, MK (K-Clique), SOG, Yonnyboii dan ramai lagi.
Festival Muzik KEPCI 2023 dijadualkan berlangsung di :-
- Stadium Melawati, Shah Alam pada 26 Ogos 2023
- Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Sabah pada 6 Oktober 2023
- Stadium Larkin, Johor pada 21 Oktober 2023.
Penganjuran festival muzik ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk setiap individu, tanpa mengira lapisan umur dan latar belakang yang telah menjadikan KFC sebagai teman hidangan mereka selama lebih lima dekad.
Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang hari, termasuk permainan dan persembahan kebudayaan, serta kemuncaknya konsert yang menjanjikan persembahan muzik yang hebat.
Ulang Tahun Ke-50 KFC di Malaysia
KFC membuka restoran pertamanya di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu, bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada tahun 1973.
Jenama itu kemudiannya menjadi amat terkenal dan bertapak kukuh, malah dianggap sebagai tempat makan kegemaran rakyat Malaysia. Sejak itu, KFC telah berkembang kepada lebih daripada 770 restoran di seluruh negara, dan menawarkan peluang pekerjaan kepada ribuan orang setiap tahun.
Untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Muzik KEPCI 2023, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Set Kombo Festival Muzik KEPCI daripada restoran KFC atau melalui laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit belian di www.kepcimusicfest.com.