April 29, 2024

Pasukan PUBG Mobile – Yoodo Alliance Bakal Beraksi di PUBG Mobile Pro League (PMPL) MYSG

Yoodo Alliance
Para pejuang Yoodo Alliance telah bersiap sedia untuk bertempur!

Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia, telah mengumumkan usahasama strategik bersama Alliance, sebuah organisasi esukan ternama yang berpengkalan di Sweden, untuk dengan bangganya memperkenalkan pasukan PUBG Mobile terbaharu mereka: Yoodo Alliance.

“Kami amat teruja untuk berkongsi fasa seterusnya perjalanan Yoodo dalam esukan dan gaming dengan pengumuman Yoodo Alliance.

Sepanjang evolusi Yoodo dalam arena esukan, kami sentiasa menumpukan usaha kami dalam memperkasakan para pemain muda di seluruh Malaysia. Kini, dengan penubuhan Yoodo Alliance, kami berbangga untuk mengetengahkan generasi baharu bagi jaguh handalan PUBG Mobile.” Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Ini merupakan kali pertama bagi Alliance memasuki pasaran esukan Malaysia, satu bukti bahawa arena esukan di Malaysia telah berkembang pesat untuk menarik perhatian pihak antarabangsa.

Alliance mempunyai latar belakang yang kukuh dalam esukan sejak tahun 2013, dengan lebih 4 juta peminat di seluruh dunia yang sentiasa menyokong organisasi tersebut yang telah, antaranya melahirkan pasukan juara dunia bagi kejohanan Dota 2, mempunyai pemainnya Armada (Adam Lindgren) yang menjadi pemain ke-10 dalam sejarah dimasukkan ke dalam Esports Hall of Fame, serta menjadi pasukan 5 teratas di peringkat global bagi Dota 2, PUBG Mobile, Apex Legends dan Wild Rift.

“Kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan telco paling dominan dalam industry esukan di Malaysia. Seperti rakan kongsi kami, kami juga komited dalam mengembangkan bakat dalam Yoodo Alliance.

Memandangkan ini merupakan kali pertama bagi Alliance untuk memasuki rantau Asia Tenggara untuk PUBG Mobile, kami berharap salam perkenalan ini akan memberikan impak yang besar untuk seterusnya berkembang di sini, bermula di Malaysia!” – Jonathan Berg, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance

Ahli Pasukan PUBG Mobile – Yoodo Alliance

Ahli Pasukan PUBG Mobile - Yoodo Alliance

Masih segar dengan kemenangan di PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2021, pasukan yang dinamik ini terdiri daripada: Muhammad Zalmi Hakim Bin Azhar (dengan nama dalam game, atau In-Game-Name, IGN: KIMZ); Muhammad Haikal Adam Bin Razak (IGN: LEX); Muhammad Fahmi Bin Farizal (IGN: PAMI); Mohd Hafizuddin Bin Suaini (IGN:
DINX); dan Muhammad Afiq Haikal Amiludin (IGN: TEMAH).

Pasukan ini akan diuruskan oleh Alliance apabila mereka menyertai pelbagai perlawanan PUBG Mobile yang mendatang.

Bersama-sama, ahli pasukan ini telah bersedia untuk berjuang di medan pertempuran di bawah panji Yoodo Alliance buat pertama kalinya di PUBG Mobile Pro League (PMPL) MYSG Musim Ke-4, yang akan bermula pada 24 Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Yoodo di www.yoodo.com atau platform khas yang Yoodo sediakan untuk esukan dan gaming di www.facebook.com/yoodoesports.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *