Jenama Perubatan Tradisional dan Komplementari Singapura (T&CM), Yong Kang TCM telah tiba secara rasmi di Malaysia dan bakal membuka pintunya kepada pengunjung sempena majlis pelancaran pada 23 September 2023 di Pusat Membeli Belah One Utama.
Bagi meraikan pelancaran rasmi gedung sulungnya, Yong Kang TCM akan mengadakan Hari Terbuka dan menjemput semua untuk hadir bagi mempelajari bagaimana pendekatannya terhadap kesihatan dapat membantu menangani cabaran kesihatan moden yang kian meningkat dan kekurangan yang mungkin dihadapi setiap hari.
Majlis ini juga mampu membuka peluang yang lebih luas buat orang ramai untuk mengenali sains di sebalik Perubatan trad. cina.
Pengunjung juga diberi peluang untuk beramah mesra bersama-sama pasukan pengamal Yong Kang TCM yang terlatih dalam mempelajari tentang setiap bidang mereka dengan lebih mendalam.
Setiap pengunjung yang hadir juga bukan sahaja bakal menikmati diskaun bernilai RM68, malah seramai 200 pengunjung yang pertama akan berpeluang mendaftar untuk kursus rawatan dengan vaucar diskaun RM50.
Berbekalkan pasukan berkaliber yang terdiri daripada 10 pengamal yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Yong Kang TCM menawarkan satu rangkaian perkhidmatan dan rawatan komprehensif dalam bidang pengurusan sakit kronik, masalah gastrousus, berat badan, rawatan estetik, masalah pernafasan, ginekologi, rawatan kesuburan serta perubatan dalaman.
Pengamal akan memeriksa semua ‘laluan penyembuhan’ yang berpotensi sebelum menerapkan pilihan terbaik ke dalam pelan rawatan yang diperibadikan, sekali gus menonjolkan pemahaman komprehensif tentang keseimbangan tubuh yang rumit.
Pilihan ini merangkumi pelbagai kaedah, daripada akupunktur sehinggalah perubatan herba, detoksifikasi terapi bekam, dan terapi moksibusi.
TCM merangkumi pelbagai amalan penyembuhan, falsafah dan terapi yang telah dibangunkan selama berabad-abad dalam pelbagai budaya di seluruh dunia, dan kini pantas menjadi alternatif popular kepada rawatan perubatan moden, namun bukan sebagai pengganti mutlaknya.
Setelah membantu lebih 2,000,000 pesakit setakat ini melalui rangkaian perkhidmatan TCM yang komprehensif, jenama itu telah memberi impak yang ketara dalam pasaran Singapura dan Malaysia, didorong oleh reputasi dan komitmennya terhadap kualiti, profesionalisme dan penjagaan yang berpusatkan pesakit.
Jom hadir ke pelancaran gedung sulung Yong Kang TCM di Pusat Beli Belah One Utama pada 23 September atau layari https://www.yongkangtcm.com.my/ untuk maklumat lanjut.