September 20, 2021

Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic Inovasi Jam Tangan Pintar

Galaxy Watch4 Series

Samsung Electronics Co., Ltd. telah mengumumkan mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic — menandakan era baharu untuk inovasi jam tangan pintar.

Ia merupakan jam tangan pintar pertama yang menampilkan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung yang terbaharu, dibina bersama dengan Google™, dan dilengkapi dengan One UI Watch, antara muka pengguna Samsung yang paling intuitif.

Siri Galaxy Watch4 diperkuat dengan prestasi perkakasan canggih dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan terhubung daripada sebelumnya.

Peranti baharu ini telah direka semula sepenuhnya untuk menyediakan kepada pengguna alat terbaik bagi mengurus kesihatan mereka.

Rangkaian Ciri Kesihatan dan Kesejahteraan Samsung yang Paling Canggih

Galaxy Watch4 dilengkapi dengan Sensor BioActive 3-dalam-1 Samsung yang inovatif, menawarkan reka bentuk lebih kecil dan kompak yang tidak mengurangkan ketepatan ukuran.

Alat pengukur Komposisi Badan serba baharu kami memberi pengguna pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesihatan dan kecergasan umum mereka, dengan ukuran utama seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan.

Kini, anda boleh memeriksa komposisi badan anda dengan mudah melalui pergelangan tangan dengan hanya dua jari. Dalam masa kira-kira 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data.

Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian anda agar anda kekal terus bermotivasi untuk menjadi yang terbaik.

Anda boleh memilih pelbagai panduan senaman, menikmati Cabaran Berkumpulan dengan rakan dan keluarga anda, atau menyediakan gimnasium di rumah dengan menyambungkan Galaxy Watch4 ke Samsung Smart TV anda yang sepadan, di mana kiraan kalori dan metrik kadar degupan jantung boleh dipaparkan di skrin untuk penjejakan yang lebih mudah.

Dan apabila anda sudah bersedia untuk berehat, siri Galaxy Watch4 memberikan gambaran yang hampir lengkap mengenai corak tidur anda, dengan perincian yang lebih hebat daripada sebelumnya.

Telefon pintar anda yang sepadan boleh mengesan bunyi dengkuran anda sendiri, manakala jam tangan pintar anda mengukur tahap oksigen dalam darah ketika anda tidur.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, sila layari:

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic Inovasi Jam Tangan Pintar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *