April 19, 2024

Metrojaya Kini Dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre

Shopping Metrojaya LaLaport

Metrojaya kini memperkenalkan kedai next-gen yang terbaharu mereka khas buat peminat setia gedung ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre.

Gedung terkemuka ini menyediakan barisan produk-produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.

Lokasi yang strategik di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Metrojaya membawa pelbagai pilihan menarik daripada fesyen hinggalah kelengkapan rumah untuk memenuhi keperluan peminat mereka.

Metrojaya Lalaport Opening
Mr Andrew Khoo Boo Yeow, Chairman of Metrojaya Department Store (middle) along with Metrojaya’s Board of Directors, Mr Ong Hung Meng and Puan Farizon binti Ibrahim officiating the launch of Metrojaya LaLaport.

Memberi nafas yang baharu dengan trend global terkini untuk membantu pelanggan membina kehidupan yang moden dengan produk gaya hidup berjenama yang terdapat khas di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain.

Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia – memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.

“Kami sentiasa mengemaskini pilihan kami demi menyediakan produk terkini untuk pelanggan dan memenuhi keperluan gaya hidup mereka,” – Andrew Khoo Boo Yeow, Pengerusi Metrojaya Department Store

Selain daripada produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama untuk menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan. Tambahan unik untuk gedung ini juga termasuk tempat atau sudut Instagrammable untuk mengabadikan momen yang tidak dapat dilupakan.

Metrojaya Lalaport

Fashion Metrojaya LaLaport

Metrojaya LaLaport Store

Debut Metrojaya di LaLaport yang pertama di Asia Tenggara menandakan satu detik yang penting dalam perjalanan mereka sebagai peruncit kerana ia membolehkan mereka untuk sekali lagi mendekati pelanggan mereka dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang holistik.

Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.

Untuk maklumat lanjut tentang Metrojaya, sila layari www.metrojaya.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *