Sempena musim perayaan yang bakal tiba, BRAND’S Sari Pati Ayam (BRAND’S) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan kempen keselamatan jalan raya ‘Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada’.
Menerusi pelancaran kempen ini, BRAND’S dan PLUS berharap untuk mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat di samping memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati memandu sepanjang musim perayaan ini.
Untuk pengetahuan korang,
Pada musim perayaan ini, anggota peronda Lebuhraya PLUS, PLUSRonda memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan yang selamat dan lancar bagi pengguna lebuh raya.
BRAND’S turut memberikan sokongan dengan membekalkan BRAND’S Sari Pati Ayam bagi memastikan petugas PLUSRonda kekal bertenaga sewaktu bekerja pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dengan selesa dan selamat.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan BRAND’S Sari Pati Ayam dalam kempen BRAND’S x PLUS ‘Kekal Bertenaga dan Selamat, Di Mana Jua Anda Berada’ yang bukan sahaja menghargai usaha gigih petugas PLUSRonda kami, tetapi juga mendorong budaya pemanduan yang selamat di kalangan orang ramai,” – Mohd Yusuf Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Operasi, PLUS Malaysia Berhad.
Beliau menambah,
Inilah masa ahli keluarga berkumpul, sekolah dan rakyat Malaysia amnya akan bercuti, dan orang ramai sibuk beraya. Ramai juga yang akan mengambil peluang ini untuk berehat dan memulihkan tenaga dengan bercuti sempena cuti perayaan.
Semua pemandu juga diingatkan supaya sentiasa memastikan langkah keselamatan jalan raya diambil dan memandu dengan selamat agar tidak membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain.
Berehat untuk Tubuh Badan dan Minda yang Sihat
Dalam usaha mendekati masyarakat pada musim perayaan ini, BRAND’S turut membekalkan 50,000 botol BRAND’S Sari Pati Ayam kepada pengguna lebuh raya PLUS di R&R terpilih, termasuk anggota PLUSRonda.
“Di BRAND’S, kami berbangga dapat bekerjasama dengan PLUS. Kami ingin berbakti kepada masyarakat dengan sama-sama berkempen ke arah keselamatan jalan raya. Usaha ini juga tepat pada masanya memandangkan PLUS baru-baru ini menyambut Hari PLUSRonda yang ke-33 pada 1 April,” – Rodney Tan, Pengarah Pemasaran Suntory Food and Beverages Malaysia.
Produk BRAND’S diharapkan dapat memberikan tenaga dan tumpuan kepada pasukan PLUSRonda yang bekerja pada setiap masa, terutamanya ketika berpuasa. Mereka berbangga dapat memberikan sokongan kesihatan kepada pasukan PLUSRonda.
Kesedaran akan kepentingan berhati-hati ketika memandu, terutamanya perjalanan jarak jauh, BRAND’S Sari Pati Ayam mampu menambahkan tenaga dan daya tumpuan bagi membantu pemandu kekal fokus di jalan raya.
Anda selaku pengguna lebuh raya boleh melayari Facebook PLUS Malaysia dan Facebook BRAND’S Sari Pati Ayam untuk maklumat terkini Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan info trafik musim perayaan ini.
Tidak lupa juga, korang boleh kunjungi tapak pameran BRAND’S x PLUS Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada di lokasi terpilih di Lebuhraya PLUS.
Lokasi tapak pameran akan disiarkan di media sosial dimana pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan kit bantuan perjalanan lewat malam dan awal pagi di sini.
- 21 April: Sungai Buloh Northbound
- 24 April: Seremban Northbound
- 30 April: Pagoh Northbound