Nando’s Malaysia telah merasmikan dan membuka sebuah ruang kreatif di cawangan Nando’s Chinatown yang diberi nama LOT123.
Ianya dilancarkan sempena pertandingan seni tahunan Nando’s Art Initiative yang mereka anjurkan setiap tahun dimana tahun ini, ianya memasuki edisi yang ke-8 penganjurannya.
Sejak ditubuhkn pada tahun 2008, Nando’s telah berkembang maju dan memperluaskan inisiatif ini untuk memastikan pelukis muda Malaysia mendapat manfaat dari wadah ini.
Perasmian Ruang Kreatif LOT123, Nando’s Chinatown
Ruang Kreatif LOT123 ini adalah sebahagian dari cawangan Nando’s Chinatown.
Untuk itu, satu tingkat pada bangunan ini telah diubahsuai sebagai tempat mengasah bakat-bakat baru untuk mereka meluahkan dan diperkembangkan bakat seni mereka.
Ianya dikhusukan untuk kerja seni tanpa mengambil apa-apa komisen daripada setiap hasil seni yang terjual.
Sempena perasmian LOT123 ini, terdapat pameran berkumpulan yang dikelolakan oleh naib-naib juara tahun 2014 dan dibuka buat tatapan umum mulai 20 Januari hingga 8 Februari 2015/
Pada hari pertama perasmian, terdapat beberapa karya telah berjaya dijual. Paling murah pada harga RM800.
Karya-karya seni disini akan dijual dengan harga diantara RM800 hingga RM3,500.
Apa kata anda juga sertai, mana tahu ada karya anda yang terpilih dan dipamerkan disini. Ianya boleh menjadi platform anda untuk mengembangkan bakat dan kerjaya anda.
Pertandingan Nando’s Art Initiative 2015
Untuk Pertandingan Nando’s Art Initiative 2015 kali ini, Nando’s Malaysia akan menawarkan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM85,000
Ianya akan dihakimi oleh barisan pengadil tersohor dari pelbagai latar belakang, antaranya adalah :-
- Izan Tahir – Tokoh dinamik dan pembawa inovasi dalam bidang seni cetak di Malaysia.
- Nini Ramlan – Ketua Inovasi Kandungan di Primeworks Studios.
- Mohd Hirzaq Abdul Haris – Pelukis cat dan pengilustrasi. Pernah memenangi pertandingan Nando’s Peri-fy Your Art
- Marvin Chan – Pelukis Malaysia yang karyanya dipamerkan di balai-balai seni umum dan persendirian di seluruh negara.
- Kenji Chai – Nama yang tidak asing dalam ruang Graffiti
- Ian Cruddas – CEO Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd
- Mac Chung Lynn – Group CEO Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd
Antara hadiah yang ditawarkan untuk anda menangi adalah :-
Kategori seni halus dan seni digital
- Hadiah Utama – Pameran Solo tajaan sepenuhnya, RM5,000 tunai dan boucar Nando’s bernilai RM500
- Kedua – RM3,000 tunai, boucar Nando’s bernilai RM500
- Ketiga – RM2,000 tunai, boucar Nando’s bernilai RM500
- Saguhati (x3) – RM1,000 tunai, boucar Nando’s bernilai RM500
Kategori Graffiti/Seni jalanan
- Hadiah Utama – RM5,000 tunai dan boucar Nando’s bernilai RM500
- Saguhati (x3) – RM2,000 tunai, boucar Nando’s bernilai RM500
Pertandingan Nando’s Art Initiative 2015 bermula dari 20 Januari dan berakhir pada 31 Mac 2015.
Artwork bagi setiap kategori hendaklah dikemukakan dengan cara memuat naik gambar foto karya siap anda dalam talian di laman Nando’s Art Initiativ – www.nandos.com.my/artinitiative.
suka gambar yang last kepala perempuan tu.. memang nampak kreatif & unik sangat
Memang kreatif sangat… Tapi dijual pada harga RM800 sahaja.
Asyik jalan-jalan bro banyak kerjaan blogger akhir-akhir ini tahniah semoga semakin lancar
Dah lama tak berjalan. So sekali sekala kena berjalan juga usha pemandangan luar
Sokong dengan usaha yang dilakukan oleh Nando’s Malaysia menengahkan anak seni tempatan dengan mencungkil bakat-bakat anak seni alaf baru.
Ade member yang pandai buat graffiti, chick namenye…
bro tak join ke ..hadiah lumayan tue