Ahad ini merupakan hari terakhir untuk anda bersama keluarga bergambar dengan kesemua 1600 Pandas yang comel ini di Publika, Solaris Dutamas pada 25 Jan 2015 sehingga pukul 2 petang.
Bermula pukul 3 petang, Pandas ini akan diambil oleh penjaga mereka yang baru.
Kesemua panda ini telah dijadikan anak angkat kepada mereka yang berkenan. Dalam tempoh 2 jam, ramai yang telah mendaftar untuk menjadi ibubapa angkat kepada kesemua 1600 Panda ini.
Bagaimanapun, mengikut info yang Bro terima petang tadi,
Masih terdapat 137 Pandas masih belum mempunyai ibubapa angkat yang baru. Ini kerana ada ibubapa yang belum membuat pembayaran walaupun tempoh pembayaran telah berakhir.
Oleh itu, bagi mereka yang berminat nak jadi ibubapa angkat kepada baki 137 Pandas ini, anda boleh mengambil mereka pada 25 Jan 2015 (Ahad) pukul 6 petang.
Jika anda berminat untuk menjadi ibubapa angkat kepada Pandas dari Kertas Mache, anda diminta mendaftarkan diri di kawasan pameran (Zon Informasi).
Bagaimanapun, pengambilan Pandas ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.
PAnda banyak nian cute tapi bagaimana cara kasih makan ya kalau pelihara ia di rumah ha ha
Jangan risau, panda ini tak perlu bagi makan. Just pastikan ianya diletak di tempat yang kering dan tidak terdedah kepada kelembapan
Panda super duper cute, seronok je tengok diorang ni lemah lembut je, takle kasar macam bear…huuu…
kalau dapat dekat anak aku ni..tak tahu la apa akan jadi pada panda nie
Saya tak tergamak nak jadikan panda ni sebagai anak angkat.. hehehe..
Sebab kalau saya angkat satu, nanti berebut anak-anak saya. .. tapi kalau saya nak angkat 3, nanti kosnya enggak cukup..
Belum sempat-sempat lagi hendak menjengok panda-panda ini.
Panda hidup ke tak tu???
Macam xyok je tp x berpeluang tengok..huhu