January 24, 2025

Prudential Astro Masters 2015 Kini Kembali

Prudential Astro Masters 2015
Berita baik buat pemain golf di Malaysia,

Anda kini boleh mengambil bahagian di dalam siri kejohanan golf amatur kebangsaan terbesar Malaysia iaitu Prudential Astro Masters 2015 yang akan berlangsung di 21 lapangan golf serata Malaysia.

Para pelanggan Astro yang ingin menyertai kejohanan ini layak mendaftar dengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM288, manakala RM388 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro dan pendaftaran boleh dilakukan di www.golfpeople.com.my.

Prudential Astro Masters 2015 kembali untuk tahun ke-18 penganjurannya akan bermula (tee off) pada 19 Mac 2015 di Tropicana Golf & Country Resort, Selangor.

Lima lapangan golf terbaru turut disenaraikan untuk pusingan kelayakan pada tahun ini termasuklah Labuan International Golf Club, Damai Golf & Country Club di Kuching, Penang Golf Cub (sebelum ini dikenali sebagai Bukit Jambul GCC), Gunung Raya Golf Resort di Langkawi dan Kelab Golf Seri Selangor.

Prudential Astro Masters 2015

Jadual Pelawanan Prudential Astro Masters 2015

  • Tropicana Golf and Country Resort, Selangor  – 19 Mac, Khamis
  • Amverton Cove Golf and Island Resort, Pulau Carey, Selangor – 26 Mac, Khamis
  • Meru Valley Golf & Country Club, Perak – Member / Non Member – 4 April, Sabtu
  • Cinta Sayang GCR, Kedah – 11 April, Sabtu
  • A’ Famosa Golf Resort, Melaka – 18 April, Sabtu
  • Gunung Raya Golf Resort, Langkawi, Kedah – 25 April, Sabtu
  • Orna GCC, Melaka – 2 Mei, Sabtu
  • Templer Park Country Club, Selangor – 6 Mei, Rabu
  • Palm Resort Golf and Country Club, Johor – 14 Mei , Khamis
  • Labuan International Golf Club, Labuan. – 30 Mei , Sabtu
  • Staffield CR, Negeri Sembilan – 4 Jun, Khamis
  • Shan-Shui GCC, Tawau – 13 Jun, Sabtu
  • Damai Golf and Country Club, Sarawak – 25 Julai, Sabtu
  • Bukit Jawi GR, Penang – 30 Julai, Khamis
  • Resort World Kijal (Awana Kijal) Golf, Terengganu – 8 Ogos, Sabtu
  • Dalit Bay Golf and Country Club, Sabah – 15 Ogos , Sabtu
  • Kelab Golf Seri Selangor, Selangor – 20 Ogos , Khamis
  • Horizon Hills GCC, Johor – 27 Ogos , Khamis
  • Kota Permai Golf and Country Club, Selangor – 2 September, Rabu
  • Penang Golf Club ( formerly Bukit Jambul GCC), Penang – 5 September, Sabtu
  • Kelab Rahman Putra, Selangor – 9 September, Rabu
  • National Final – Kota Permai Golf and Country Club – 17 September, Khamis
  • Grand Final 4 Oktober – 7 Oktober, Ahad – Rabu

Para pemain yang berjaya ke pusingan Grand Final akan berentap di Nirvana Bali Golf & Country Club yang indah dan Bali National Golf & Country Club yang baru diubahsuai yang terletak di Bali, Indonesia.

Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett di pusingan Grand Final kemudiannya akan dijemput untuk bertanding di pusingan akhir World Amateur Golf Championship di Belek, Turki yang ditaja oleh World Amateur Golf Championship dan Delta Trend Golf.

Prudential Astro Masters 2015

Nilai keseluruhan hadiah untuk dimenangi bagi Prudential Astro Masters tahun ini berjumlah hampir RM1 juta.

Ini meliputi hadiah bernilai RM30,000 untuk setiap pusingan dan kejohanan ini mempunyai 26 acara secara keseluruhan (termasuk National Final dan Grand Final) serta sebuah kereta premium, Citroen DS5 1.6 THP bernilai hampir RM190,000 sebagai hadiah istimewa hole-in-one.

Selain itu, televisyen Panasonic 50 inci LED TV menanti pemenang di semua 21 pusingan kelayakan sebagai hadiah ‘Sure to Win’ hole-in-one di samping pelbagai saguhati dan hadiah cabutan bertuah menarik.

Prudential Astro Masters 2015 juga merupakan satu-satunya acara golf amatur tanah air yang akan mempunyai sorotan perlawanan yang akan disiarkan melalui dua saluran iaitu Astro Arena (saluran 801) dan Astro Super Sport 3 (saluran 816).

Prudential Astro Masters 2015

Bergambar dengan hadiah istimewa hole-in-one : Citroen DS5 1.6 THP bernilai hampir RM190,000

Dalam usaha untuk mempromosikan pelancongan golf tempatan, Prudential Astro Masters 2015 bekerjasama dengan Malindo Air sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan dalam siri golf amatur kebangsaan tahun ini.

Para penaja lain termasuklah Titoni, Pharmaton, MST Golf, Bridgestone, Samsonite, Gatorade, Banana Boat, Schick, Golf Pride, Cinta Sayang GCC, Active Guard, Fresh & White, Jakes Charbroil, Candid Powder, TVB, Golf Magazine, Heineken dan 56 Degree Whisky.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.golfpeople.com.my; atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Prudential Astro Masters 2015 Kini Kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *