Inginkan miliki smartphone yang terkini dan mampu milik?
Mungkin ini, pilihan yang sesuai bagi anda dimana anda boleh miliki telefon pintar (smartphone) BenQ T3 pada harga RM499 (harga biasa RM599).
Memang tidak dapat dinafikan,
Kebanyakan syarikat gergasi telekomunikasi sedang berlumba-lumba menghasilkan smartphone yang terbaik buat pengguna sehinggakan harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan membebankan si pengguna.
Bagaimanapun model smartphone mampu milik yang mereka tawarkan tetap membebankan pengguna. Akhirnya tinggal model dengan spesifikasi terlalu rendah sahaja dapat dimiliki pada harga kurang dari RM500.
Sedih bukan.
Selain BenQ T3,
Anda juga boleh miliki smartphone BenQ F5 pada harga RM699 (harga biasa RM799).
** Model yang besar merupakan BenQ F5 dan yang kecil pula, BenQ T3.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://smartphone.benq.com.my dan laman Facebook BenQ http://facebook.com/BenQMalaysia.
BenQ T3 – Review by BroFramestone
Unboxing BenQ T3
Seperti yang anda boleh lihat, ianya didatangkan dengan telefon pintar beserta dengan accessory yang biasa anda miliki sewaktu membeli smartphone.
Bagaimanapun, dengan setiap pembelian model BenQ T3 dan F5 dari pengedar rasmi BenQ, anda akan mendapat pelindung skrin secara PERCUMA.
Jangan lupa, anda dikehendaki mendaftar warranty untuk smartphone anda secara online.
BenQ T3 hadir dengan Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) dimana pengguna boleh menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps!
Bagaimanapun ianya bergantung juga lokasi liputan dan kelajuan internet dari syarikat pembekal rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan.
Ianya dikuasakan dengan 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 400 quad-core processor dengan memory 1GB RAM dan 4GB storan dalaman.
4GB tidak memcukupi bagi anda?
Anda boleh gunakan memory tambahan melalui slot memory card yang disediakan, dan ianya memerlukan anda menggunakan micro sim-kad.
Dari segi kamera pula,
BenQ T3 mempunyai resolusi yang lebih rendah dimana kamera belakangnya adalah 8-megapixel manakala kamera depan 0.3-megapixel sensor.
Bagaimanapun kameranya direka dengan 4x Mod Ultra Sensitif untuk memberi kelebihan menangkap gambar dalam persekitaran cahaya rendah.
Nak tunggu full review dari bro…mane tahu berkenan dihati boleh beli..murah juga ni..
Buat masa kini, bukan Bro yang gunakan. Bro bagi puan isteri yang gunakan dan dengar apa pendapat dia he…23x
Tetapi bagi Bro, jika anda mampu, tambah sikit then angkat BenQ F5 yang mempunyai spesifikasi lebih baik dari T3. Lagipun harganya tidak jauh berbeza.
Harga dah murah dah.. tengok spec pun nampak menarik..
Buat masakini tak mengecewakan, cuma cepat panas jika lama digunakan dan bateri cepat habis.
macam mana kualiti gambar bro..harap menarik…kerana harga amat berpatutan
Berkenaan kualiti gambar, akan bro kongsikan tidak lama lagi.. Sabar ek
harga berbaloi tue.
Harga memang dah berbaloi dah tue
Kira murah dan harga mampu milik… dengan spec boleh tahan…
Boleh tahan spesifikasinya yang boleh dikatakan agak mantap. Tak padan dengan harganya yang mampu milik.
memang murah sangat dah tu :D
Mmg murah tu Bro.. mcm berbaloi je.. :)
Kalau dirupiahkan berapaan tu?
Tidak beberapa pasti, harga promosi di Malaysia mungkin berbeza dengan Indonesia
banyak dah sekarang saingan telefon murah
Nampaknya ada lagi pilihan untuk kita beli high spec smartphone pada harga bawak RM1K
Yup, memang banyak… cuma tertanya-tanya bila smartphone yang mahal nak turun harga, tengok asal keluar je, lagi mahal dari model yang sebelumnya he..23x
BenQ… dulu pernah pakai kamera BenQ je.. tepon belum pernah ag
sesuai la spec dengan harga mampu milik ni kan…nak spec tinggi…harga pun tinggi la…hee
Tak pernah guna phone brand ni.. Tapi quite ok la kalau utk yg teringin nak ber’smartphone’ dengan harga mampu milik.. ^_^
RosmizaAliDotCom™