You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > BenQ T3 Pada Harga RM499

BenQ T3 Pada Harga RM499

Review by BroFramestone : BenQ T3 Pada Harga RM499
Inginkan miliki smartphone yang terkini dan mampu milik?

Mungkin ini, pilihan yang sesuai bagi anda dimana anda boleh miliki telefon pintar (smartphone) BenQ T3 pada harga RM499 (harga biasa RM599).

Memang tidak dapat dinafikan,

Kebanyakan syarikat gergasi telekomunikasi sedang berlumba-lumba menghasilkan smartphone yang terbaik buat pengguna sehinggakan harga yang ditawarkan terlalu tinggi dan membebankan si pengguna.

Bagaimanapun model smartphone mampu milik yang mereka tawarkan tetap membebankan pengguna. Akhirnya tinggal model dengan spesifikasi terlalu rendah sahaja dapat dimiliki pada harga kurang dari RM500.

Sedih bukan.

BenQ F5  BenQ T3

Selain BenQ T3,

Anda juga boleh miliki smartphone BenQ F5 pada harga RM699 (harga biasa RM799).

** Model yang besar merupakan BenQ F5 dan yang kecil pula, BenQ T3.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://smartphone.benq.com.my dan laman Facebook BenQ http://facebook.com/BenQMalaysia.

BenQ T3 – Review by BroFramestone

Review by BroFramestone : BenQ T3 Pada Harga RM499

Unboxing BenQ T3

Seperti yang anda boleh lihat, ianya didatangkan dengan telefon pintar beserta dengan accessory yang biasa anda miliki sewaktu membeli smartphone.

Bagaimanapun, dengan setiap pembelian model BenQ T3 dan F5 dari pengedar rasmi BenQ, anda akan mendapat pelindung skrin secara PERCUMA.

Jangan lupa, anda dikehendaki mendaftar warranty untuk smartphone anda secara online.

Review by BroFramestone : BenQ T3 Pada Harga RM499
Untuk pengetahuan anda,

BenQ T3 hadir dengan Cip 4G LTE berkelajuan tinggi (Cat4) dimana pengguna boleh menikmati muat turun berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps!

Bagaimanapun ianya bergantung juga lokasi liputan dan kelajuan internet dari syarikat pembekal rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan.

Review by BroFramestone : BenQ T3 Pada Harga RM499

Ianya dikuasakan dengan 1.2GHz Qualcomm Snapdragon 400 quad-core processor dengan memory 1GB RAM dan 4GB storan dalaman.

4GB tidak memcukupi bagi anda?

Anda boleh gunakan memory tambahan melalui slot memory card yang disediakan, dan ianya memerlukan anda menggunakan micro sim-kad.

Review by BroFramestone : BenQ T3 Pada Harga RM499

Dari segi kamera pula,

BenQ T3 mempunyai resolusi yang lebih rendah dimana kamera belakangnya adalah 8-megapixel manakala kamera depan 0.3-megapixel sensor.

Bagaimanapun kameranya direka dengan 4x Mod Ultra Sensitif untuk memberi kelebihan menangkap gambar dalam persekitaran cahaya rendah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “BenQ T3 Pada Harga RM499

    1. Buat masa kini, bukan Bro yang gunakan. Bro bagi puan isteri yang gunakan dan dengar apa pendapat dia he…23x

      Tetapi bagi Bro, jika anda mampu, tambah sikit then angkat BenQ F5 yang mempunyai spesifikasi lebih baik dari T3. Lagipun harganya tidak jauh berbeza.

Leave a Reply

Top