Baru-baru ini, Bro singgah sebentar di H Gallery Cafe yang terletak di Sunway Nexis, Kota Damansara dimana tukang masaknya merupakan kenalan Bro.
Cafe yang baru 3 minggu beroperasi ini menyajikan hidangan fushion yang menarik, sedap pada harga berpatutan.
Tak perlu anda pergi ke restoran mewah mahupun hotel untuk menikmati hidangan seperti ini.
So kali ini, Bro akan kongsikan antara hidangan yang disajikan di cafe ini yang mampu buat anda teruja untuk datang dan menikmatinya di H Gallery Cafe ini.
Hidangan Sarapan Pagi di H Gallery Cafe
Egg Benedict With Smoked Salmon And Side Fruits Salad (RM 26.00)
Big Breakfast Set (RM 22.00)
Nasi Lemak Pak Man (RM 15.00) – Fav BRO…!!!
Siapa cakap, sini breakfast tiada nasi lemak. Antara menu yang menjadi pilihan pelangan yang datang untuk bersarapan pagi disini.
Sambalnya sedap…!!!
Menu Pembuka Selera di H Gallery Cafe
Fried Calamari With Garlic Aioli (RM 15.00)
– Grilled Seafood Salad (RM 25.00) – Fav BRO…!!!
– Caesar Salad – Grill Beef (RM 18.00)
– Wild Mushroom Soup (RM 10.00)
– Green Peas Soup Top With Ricotta Espuma (RM 10.00) – Fav BRO…!!!
Bro tak beberapa pasti, kenapa Green Peas Soup Top With Ricotta Espuma menjadi kegemaran Bro. Mungkin sebab Bro sukakan sesuatu kelainan.
Yang pasti, memang licin Bro menikmatinya.
Hidangan Utama di H Gallery Cafe
Bagi peminat pasta, di H Gallery Cafe turut juga menyajikan beberapa jenis pasta sebagai pilihan anda.
Antara menu-menu tersebut adalah : –
- Meetball Stuff With Mozzarella (RM 23.00) – Fav BRO…!!!
- Pimiento Rojo Seafood Spaghetti (RM 39.00)
- Grilled Seafood Aglio-Olio (RM 23.00)
Pan Fried Salmon With Arugula Mix Salad (RM 29.00)
H Style Beef Wellington (RM 45.00) – Fav BRO…!!!
Uwahhhhhhh…..!!! Signature dish yang wajib korang rasa. Memang sedapppppppp sangggggaaaaatttttt….!!!
Eh, ini bukan nasi goreng pataya tau. Tetapi ianya adalah puff yang membaluti ketulan daging yang enak dan sedap dimakan sewaktu ianya masih panas.
Anda perlu cuba….
H Style Sirloin Steak 200-220 gram (RM 42.00) – Fav BRO…!!!
My Snapper Sandwich (RM 24.00)
Grilled Chicken Chop (RM 22.00)
Nasi Goreng Kampung (RM 15.00)
Braised Lamb Shank Pasamah (RM 59.00) – Fav BRO…!!!
Alhamdulillah,
Terjumpa juga menu yang paling Bro minati. Rasanya agak berbeza dan sukar untuk anda jumpa ditempat lain menjadikan ianya signature dish terbaik yang boleh Bro katakan.
Menurut chef, ianya dimasa menggunakan resepi ibunya yang diterapkan rasa kemelayuan didalamnya.
Memang terbaik, itu yang mampu Bro ucapkan.
Rasa nak repeat perkena Braised Lamb Shank Pasamah ini.
Di H Gallery Cafe turut disediakan ruang persendirian sekiranya anda ingin mengedakan apa-apa aktiviti di sini. Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi mereka di :-
H Gallery Cafe
D-GF-03A, Sunway Nexis, No. 1,
Jln PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Waktu Operasi : 9am – 11pm
Facebook : www.facebook.com/hgallerycafe
Instagram : www.instagram.com/hgallerycafe
Nasib baik tidak buka waktu tengahari. Kalau tidak meleleh air liur. :)
Kalau buka waktu malam, bagaimana pula?
jumpa lagi disini bro! hee…
japye… entry belum siap lg… huhuhu…
Food presentation yang menarik, kemas dan buatkan saya terliur untuk makan kat sini.
Kadang-kadang takut jugak nak makan kafe sebegini di luar, tapi kali ni ke Sunway Nexis kena cuba jugak sebab sah-sah halal dan sedap.
nampak sedap bro..tapi bila bro nak belanja gua
Wah, bro dah UP ni macam perangat nak pi makan malam dengan DN ja…tak sabarnya nak jumpa blogger femes ni
wau nampak sedap..tapi harga tu boleh tahan bro.
sedapnya makanan terliur tengok ni
Memang terliur pun tempoh hari.
harga pun boleh tahan hihihi
fried calamary tu nampak sedap gila aje.
mesti sedap nih.
waw … sedapnya …. kapan awak bisa mencicipi hidangan selezat ini ya hahahaha