Baru berkesempatan untuk menikmati hidangan Cuti-Cuti Ayam sempena musim cuti sekolah, walaupun sekolah dah bermula.
Agak bz sejak kebelakangan ini, sehinggakan makan dekat Nando’s hanya sempat snap gambar puan isteri dan terlupa nak snap muka sendiri atau gambar sekeluarga.
Sedangkan ketika itu Nur Elfisha dan Nur Elfyna juga ada sama.
Sian anak daddy 2 orang ini.
Walaupun yang minat makan di Nando’s hanya Kak Long Fisha dan Baby Fyna belum boleh makan benda yang pejal lagi.
Disebabkan kami datang berempat, maka Bro order Trip for 4 yang berharga RM95* (RM100.70 termasuk GST).
Ianya terdiri daripada :-
- 2x PERI Soup
- 1x Sweet Potato Chip with Perinaise
- 1x Whole Chicken
- 4x Regular Sides
- 4x Bottomless Coke Cola (Bro tukar kepada Ice Lemon Tea)
- 4x Chocolate Crunch Roll
Tapi, jika nak lebih jimat boleh cuba Trip for 8 pada harga RM175* (RM185.50 termasuk GST). Menunya 2x ganda dari set Trip for 4 cuma Regular Sides ditukarkan kepada 5 Large Sides.
PERI Soup.
Ala… kenapa mereka tak sertakan dengan garlic bread. Baru sedap dicicah dengan sup ini.
Sweet Potato Chip with Perinaise yang berharga RM9.90 (RM10.49 termasuk GST) turut disertakan dalam set ini.
Rasanya memang enak.
Ini merupakan kali pertama Bro merasainya dan Bro amat meminatinya. Anda juga boleh mencubanya.
Tak sempurna hidangan tanpa ayam Nando’s yang dipanggang bersama sos PERI-PERI.
Dan setiap kali kami datang ke sini, sides mesti akan ambil Mediterranean Rice wajib ada. Memang perut orang Melayu, mesti nak kena ada nasi juga.
Apa-apa pun terima kasih kepada staf Nando’s Aeon Jusco Rawang atas layanan yang diberikan selama ini. Memang sini lokasi paling kerap dan selesa bagi kami sekeluarga.
Tidak lupa kepada Saudara Jeffry (Harap Pihak Nando’s bagi lebih bonus atau tawaran terbaik buat beliau) diatas layanan terbaik setiap kali Bro datang ke sini.
Info lanjut tentang tawaran menarik dari Nando’s Malaysia, anda boleh rujuk di
Website : http://nandos.com.my/
Facebook Page : https://www.facebook.com/nandos.my/
Twitter : https://twitter.com/NandosMY
Instagram : https://www.instagram.com/nandosMY/
Giveaway Nando’s dan Bro Framestone
Disini, Bro ingin kongsikan giveaway anjuran Bro Framestone bersama Nando’s Malaysia. Hadiahnya berupa voucher Nando’s dan juga t-shirt esklusif Cuti-Cuti Ayam
Apa anda perlu buat…..
(Sedang dikemaskinikan he…23x)
Harap masakan dia x mengecewakan seperti masakan ala thai fizomawar.
Nando’s tidak pernah mengecewakan Bro… Sebab Bro jenis kaki komplen direct je dengan pihak atasan he…23x
Sudah lama tidak ke Nandos. Kalau ada baucer memang rajin nak ke sana. :)
Meriah sungguh. Bolehlah kalau nak celebrate apa – apa yang special.
sedap ke..tak pernah makan..kene ajak idrissaadphotography p makan kat aeon nanti..
:P
wahhhh…terliur pulak tengok hidangan-hidangan ini…yumyumyum..???
Teman tak pernoh terai (try) lagi nandoih (nandos) ni . Ramei jugok yang buat review , gambo kemain pawer kome . haha Well then I should give it a try .
Wow, sedap nya bro bisa cuti sambil makan ayam hiiii
sedapnya kalau dekat dah g ni
Duduk planet mana nie?
duk palnet utara…