17,160,157 total views, 723 views today

#AirAsiaLINE : AirAsia Berkerjasama Dengan LINE

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

AirAsiaLine Livery Launch
AirAsia baru-baru ini telah berkerjasama dengan aplikasi sosial popular LINE.

Untuk itu, mereka telah melancarkan rekaan luaran pesawat yang memaparkan warna karakter aplikasi sosial popular LINE seperti Brown, James, Cony, Leonard, Sally, Boss, Jessica dan Edward.

Menurut Ketua Bahagian Komersial AirAsia Bhd., Spencer Lee,

Ianya tidak seperti rekaan luaran pesawat yang lain, ruang dalaman pesawat turut dihiasi dengan karakter LINE berkenaan. Dimanan pesawat Airbus A320 berkenaan akan beroperasi di laluan AirAsia dari rantau ini yang merangkumi 22 negara.

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsia telah menyertai LINE pada Ogos lalu dan hingga kini memiliki 13.4 juta pengikut menerusi aplikasi berkenaan.

Menurut Naib Presiden Kanan LINE Plus Corporation, EJ Lee,

Karakter LINE sangat popular di Malaysia, terutama Brown dan Cony, justeru peluang menaiki sebuah pesawat yang penuh dengan elemen LINE mampu membuatkan perjalanan lebih menarik.

Karakter Aplikasi Sosial Popular LINE

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsiaLine Livery Launch

AirAsiaLine Livery Launch

Tengok gambar sahaja dah nampak keterujaan kami bergambar dengan maskot LINE 🙂

AirAsia – Harga Promosi Serendah RM39 Sehala

Sempena menyambut rekaan luaran pesawat LINE, AirAsia menawarkan semua pengguna dan rakan LINE dan AirAsia, harga promosi serendah RM39 sehala ke destinasi-destinasi menarik seperti Nanning, Johor Bahru, Lombok, Siem Reap dan banyak lagi.

Promosi ini bermula dari 21 hingga 23 November 2014, dengan tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 30 April 2015.

Setiap tempahan yang dibuat semasa tempoh promosi ini dengan 20 kilogram bagasi akan diberi mata BIG berganda.

Bagi mengakses ke promosi ini,

Anda hanya perlu mengikut akaun rasmi AirAsia LINE (LINE ID: AirAsia) dan satu set pelekat yang ditaja #AirAsiaLINE boleh dimuat turun bermula dari 25 November 2014 bagi peminat AirAsia & LINE di Malaysia dan Singapura.

Pramugari AirAsia & Model Pesawat Airbus A320 #AirAsiaLINE

AirAsiaLine Livery Launch

Gambar Bro Framestone bersama pramugari Asniza Lee Che Oon (kanan) dan Cataryna Lim Sze Yen.

Tidak lupa juga replika pesawat Airbus A320 dengan rekaan luaran pesawat yang memaparkan warna karakter aplikasi sosial popular LINE seperti Brown, James, Cony, Leonard, Sally, Boss, Jessica dan Edward.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “#AirAsiaLINE : AirAsia Berkerjasama Dengan LINE

  1. Air Asia dia punya strategi cepat..berbanding MAS..semoga MAS kembali pulih selepas ini

    1. Harap macam itu la, MAS susah nak kembali pulih jika semua yang ada jawatan didalam itu lebih aktif dalam memaksimakan pendapatan dan bijak mencuri peluang yang ada.

  2. Wah… Bestnya.. Lepas ni boleh naik kapal terbang tambang lagi murah… hehehe

    1. Jangan lepaskan peluang bila tibanya musim promosi

  3. Line ramai pengguna ye dimalaysia, kalu jadi trending banyak betul yang boleh digunapakai utk dibuat marketing ni.

    1. Dulu ada pakai LINE, now dah tak pakai dah…. Nanti dok hadap hp je

  4. comel je kapal terbang tue. ehh… hensem plak jejaka yang berambut kuning tue. hehehe…

    1. Eh yang sebelah dia tue tak hensem ke?

  5. Salah cara pemasaran untuk memperkenalkan produk.

    1. Pemasaran perlu ada… Tengah fikir nak pasarkan lagi blog broframestone & hyebro

  6. promosi hebat ni hingga destinasi Indonesia dan Kemboja. esok mula ye…

    1. Esok boleh mula download sticker dia je.. Untuk promosi penerbangan dah tamat semalam.

  7. Semakin berdaya saing Airasia ni.. gambar yg last tu menarik.. cantik kapal terbang tu.. 🙂

    1. Kapal terbang yang mana satu yang menarik tue ek?

  8. Dua-dua perkhidmatan ni tak pernah guna lagi…

  9. hai..ini kartun line manyak comel amat suka sekali..masa pi even nuf geram sebab tak dapat gift dari meraka hanya bertuah je dapat jawab soalan ahai…

  10. Comey2 pramugari AirAsia. Salah satu tarikan gak tu. hehehe

  11. smart juga AirBus A320 dengan rekaan luar pesawat karekter LINE tu 😀

Leave a Comment