Hari ini, Bro ingin jemput anda sekalian untuk sertai Pertandingan Video Pendek #MyASNBMoment anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Pertandingan ini berlangsung dari 1 November sehingga 31 Disember 2014.
Peraduan ini terbuka kepada pemegang unit di dalam mana-mana tabung unit amanah yang diuruskan oleh ASNB sahaja (semasa tarikh penyertaan).
Hadiah Untuk Anda Menangi
Terdapat beberapa hadiah disediakan oleh pihak penganjur untuk anda menangi. Antaranya ialah :-
- 2 X Samsung Galaxy S5
- 4 X Samsung Galaxy Note 4
- 6 X Samsung Galaxy Tab S (10.5)
- 8 X ASG – PENDIDIKAN bernilai RM500 (termasuk caj jualan)
Agak menarik juga hadiah yang ditawarkan. Pasti berbaloi-baloi untuk anda menangi.
Cara Untuk Menyertai Pertandingan Ini
Disini, Bro nyatakan cara untuk anda menyertai pertandingan ini :-
- Hasilkan video pendek tentang pengalaman anda bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), berdurasi 60 sat (maksimum)
- Hantar video anda melalui mesej terus (direct message) ke laman Facebook Rasmi ASNB (jangan lupa LIKE page mereka) dan e-mail kepada asnbcare@gmail.com
- Sertakan nama penuh, no. kad pengenalan, alamat dan no. telefon.
- Layari laman Facebook ASNB untuk mengetahui bila video anda telah dihantar atau dimuat naik di laman Facebook ASNB.
- Selepas video anda telah berjaya dimuat naik, dapatkan rakan-rakan dan keluarga untuk LIKE video anda sebanyak mungkin.
Untuk terma dan syarat pertandingan yang lengkap, sila layari www.asnb.com.my
bro boleh la ni buat video sebab bro ada bakat berlakon
Plannya nak buat, tapi tak best pula buat sensorang kan
Peh.. hadiah s5 tu.. nak buat video kena bertapa cari idea jap
hang kena jumpa Lisa kot, baru dapat idea la la la
Hadiah yang ditawarkan sangat menikam kalbu. :)
Apa lagi, jom la join :)
Inilah masanya mempamirkan kreativiti yg terpendam… menarik hadiah2nya..
tak pandai la pulak nak buat video ni..tapi hadiah sangat lumayan kan