April 12, 2021

Pertama Kali Honda CRV Kena Towing. Selamat Pihak Insuran Cover Towing

Honda CRV Kena Towing
Sepanjang guna Honda CRV, ini kali pertama tersadai tepi jalan sebab ada masalah & kereta pun tak boleh nak gerak.

Waktu ini, tak pasti apa masalahnya.

Sama ada gearbox ataupun drive shaft. So terpaksa park tepi jalan, agak bahaya kalau nak drive terus ke bengkel berdekatan.

Try call bengkel berdekatan, dorang mai tengok.

Dorang cakap, kena bawa pergi bengkel untuk check. Sebab waktu dia check, tak dapat nak pastikan apa masalah. Dorang cadangkan towing terus ke bengkel berdekatan dengan rumah.

Maka call Customer Service Insurans yang diambil atas kereta ini.

Selamat dalam insurans yang diambil ditawarkan khidmat towing secara PERCUMA. So, kalau nak ambil insurans, check bebetul. Ada pihak insurans dorang just cover beberapa KM sahaja untuk Towing.

Towing Honda CRV

Towing Honda CRV

Untuk towing Honda CRV, tak boleh guna lori towing biasa. Kena pakai towing yang macam ini. Sebab Honda CRV merupakan kenderaan 4 Wheel Drive @ 4WD / All Wheel Drive (AWD).

Maka keempat-empat tayar mesti tergantung, yakni menggunakan flatbed tow truck.

Ini kerana gearbox jalan keempat-kempat tayar, tapi dipaksa jalan dua tayar. Towing macam ni, alamatnya jahanam terus gearbox. Gearbox bukannya murah, lagi-lagi kalau original.

Towing Terus Ke Bengkel Rashid Bandar Puncak Alam

Kereta terus towing ke Bengkel Rashid Bandar Puncak Alam.

Tapi sebelum ke sana, memang call bengkel tanya dorang boleh check / repair tak kalau kerosakan macam nie. Kalau tidak, kena bawa ke bengkel lain atau ke Pusat Service Honda.

Waktu Bro sampai, ada banyak kereta tengah que. Maka terpaksa tinggalkan kereta dekat situ. Tapi sebelum tue, semua barang berharga / dokumen penting dikeluarkan dari kereta.

Sebab tak tahu berapa lama tempoh akan diambil untuk check kerosakan & membaikinya.

Petang tue, dapat call dari bengkel Rashid. Dorang cakap Engine Mounting rosak teruk & kena ganti.

Sembang punya sembang, Bro minta dorang tukar kepada OEM punya, sebab lebih murah berbanding dengan yang original (cuma warranty 3 bulan sahaja). Lagipun mana nak cekau duit banyak-banyak untuk tukar yang original zaman Covid-19 nie.

Kalau Gearbox yang rosak. Lagi parah….!!! (waktu tue dah terbayang-bayang apa benda nak digadaikan)

Alhamdulillah, dah sihat pun keretanya.

Tapi tue la.. Sepanjang Bro guna xde pula apa-apa gejala yang menunjukan Engine Mounting ada masalah.

3 Petanda Engine Mounting Bermasalah

Engine Mounting Honda CRV

Lepas repair, Bro ada sembang dengan budak yang tolong repairkan kereta Bro.

Dia kata memang Engine Mounting rosak teruk. Dari 4, hanya 1 sahaja yang masih elok dan dia pegang gearbox pada engine. Kalau itu rosak, mahu waktu kejadian, akan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Alhamdulillah, waktu tue Bro bawa kereta slow je.

Engine Mounting merupakan komponen yang berfungsi menyokong enjin kenderaan pada casis dalam pelbagai saiz dan bentuk mengikut kepelbagaian keperluan. Tetapi fungsinya kekal sama, iaitu memegang atau mendakap enjin dan menyerap gegaran.

Apa-apa pun, dekat sini Bro ingin kongsikan “3 Petanda Engine Mounting Kereta Korang Bermasalah” ;-

  1. Terdengar bising dari ruang enjin – Engine Mounting yang haus, rosak atau pecah boleh menyebabkan bunyi dentang, ketukan dan efek bunyi lain akibat berat enjin yang beranjak berlebihan dari titik sentuhan.
  2. Gegaran melampau – Jika getah atau bahagian peredam gegaran pada mounting sudah haus atau pecah, ia akan mengurangkan keupayaan mounting untuk menyerap gegaran enjin.
  3. Jika komponen sudah haus atau rosak, ia boleh menyebabkan enjin bergerak ke depan, belakang, atau tepi dalam ruang enjin. Pergerakan enjin mungkin berlaku ketika memecut, dan mungkin juga disertai bunyi bisin

Jika korang mengesyaki Engine Mounting bermasalah, segeralah hantar ke bengkel untuk diperiksa. Jangan dilewat-lewatkan, takut membahayakan korang ketika memandu.

Selalunya jangka hayat Engine Mounting lebih kurang 5 tahun. Sekiranya, dah lebih 5 tahun maka korang kena selalu alert dengan 3 petanda yang Bro kongsikan diatas.

Moga artikel yang Bro kongsikan ini bermanfaat pada korang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *