Hari ini, Bro ingin berkongsikan mengenai beberapa fakta menarik mengenai Samsung Galaxy A72 yang telah Bro gunakan hampir 3 minggu.
Fakta yang Bro kongsikan ini berdasarkan pengalaman & pandangan Bro sepanjang menggunakan telefon pintar terbaru Samsung Galaxy A72 dalam menjalani kehidupan seharian.
Diharap perkongsian kali ini, dapat membantu korang membuat keputusan sekiranya ingin membeli Samsung Galaxy A72 kelak. Bro akui, ianya sangat berbaloi sekiranya kena dengan citarasa korang.
Untuk pengetahuan korang,
Sebelum ini, Samsung Malaysia telah memperkenalkan 3 model terbaru mereka yakni Samsung Galaxy A32, A52 & A72 untuk pasaran dunia pada 17 March 2021.
Bro pula antara yang bertuah dapat menjadi yang terawal menggunakan Samsung Galaxy A72 di Malaysia.
So, jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai Samsung Galaxy A72 yang korang patut tahu.
Spesifikasi Samsung Galaxy A72
Samsung Galaxy A72 dikuasakan oleh cip pemprosesan Octa-Core dengan kelajuan mencecah 2.3GHz. Mempunyai ruangan penyimpan sebesar 256GB dengan memori 8GB RAM.
Rekaan & warna yang terdapat pada Samsung Galaxy A72 mengambarkan sasaran pasarannya memang ditujukan kepada golongan remaja yang inginkan sesuatu yang trendi & mengikut perkembangan semasa.
Terutamanya bagi mereka yang ingin berhibur (bermain game, menonton video), menghasilkan kandungan untuk laman sosial (gambar & video) serta menjadi ‘teman’ untuk mempermudahkan urusan seharian sama ada waktu berkerja, belajar mahupun bersosial.
Paparan Skrin Super AMOLED 6.7-inci
Skrin telefon tak cukup besar? Tak puas menonton video mahupun bermain game?
Jangan risau, kerana Samsung Galaxy A72 dilengkapi paparan bersaiz 6.7-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x 2400) dengan rekaan Infinity-O Display. Ia sekaligus menambah lebih kepuasan ketika berhibur.
Bagi Bro yang biasa bermain game menggunakan telefon, Samsung Galaxy A72 antara yang terbaik dari segi paparannya. Dengan paparan FHD+ (Full HD Plus) yang mampu meningkatkan pengalaman ketika bermain.
Paling penting, ia turut menyokong kadar segar semula setinggi 90Hz dalam memberi kelancaran dan kehalusan semasa ‘scrolling’ pada skrin telefon korang.
Sama seperti generasi sebelumnya, lubang kamera hadapan masih berada di tengah-tengah skrin.
Kalis Air & Habuk
Ciri premium yang terdapat pada Samsung Galaxy A72 meningkatkan ketahanannya terhadap air dan debu.
Melalui teknologi dengan penarafan IP67, ia memberi perlindungan terhadap debu dan percikan air. Lebih menarik lagi, ia membantu menyelamatkan Samsung Galaxy A72 sekiranya terendam / terjatuh dalam air berkedalaman 1 meter selama 30 minit.
Sekaligus serasi dengan kehendak pengguna muda yang suka melalukan aktiviti lasak / air untuk menghasilkan kandungan untuk laman sosial mereka.
Bateri Berkapasiti 5,000mAh Dengan Pengecas Pantas
Samsung Galaxy A72 turut didatangkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas mencecah 25W menggunakan port sambungan USB-C.
Sepanjang tempoh penggunaannya, jangka hayat bateri mampu bertahan lebih lama. Kadangkala Bro sendiri terlupa nak cas selepas menggunakannya.
Sekiranya Bro ingin bermain game, dan bateri tak banyak. Bro akan cas ia dalam tempoh masa 10 minit untuk bermain game hampir 2 jam tanpa sebarang masalah (Based dari pengalaman sendiri).
Cuma, Bro kurang berkenan dengan kepala mengecasnya yang hanya support wayar pengecas USB Type C (kabel yang disertakan adalah jenis USB-C ke USB-C) berbanding sesetengah kepala pengecas yang lain.
Lagipun kebanyakan pengguna di Malaysia masih menggunakan kepala pengecas jenis USB 3.0 terutamanya jika ingin mengecas telefon pintar di dalam kereta.
Mungkinkah model keluaran akan datang, Samsung akan sertakan dengan kabel jenis ini juga? Jeng jeng jeng…!!!
Kemampuan Kamera Pada Samsung Galaxy A72
Bro pernah memuat naik gambar kamera belakang pada Samsung Galaxy A72 di laman sosial. Ada yang meninggalkan komen mengatakan, “Banyaknya kamera dia….!!”
Nampak macam ada 5 kamera dibelakangnya, tetapi bukan.
Kalau diperhatikan betul-betul, Samsung Galaxy A72 hadir dengan kamera kuad 64MP.
Dimana kamera utamanya 64-Megapixel (f/1.8) bersama sokongan OIS (optical image stabilization), diikuti dengan sensor 12-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2) + 8-Megapixel (Telefoto) (f/2.4) + 5-Megapixel (Makro) (f/2.4).
Antara gambar yang Bro ambil menggunakan Samsung Galaxy A72.
Ini 3 contoh gambar yang Bro ambil menggunakan Samsung Galaxy A72 untuk 3 jenis subjek, yakni tumbuhan, haiwan dan makanan.
Selain itu, ia turut dilengkapi sokongan 3X Optical Zoom dan Digital Zoom sehingga 30X. Wowww….!!! Jauhnya dia boleh zoom.
Sekiranya korang gemar membuat vlog, kameranya mampu mendapatkan hasil video resolusi 4k. Nanti Bro akan kongsikan vlog yang Bro hasilkan menggunakan Samsung Galaxy A72 dekat Channel Youtube Bro Framestone. Stay Tune…!!
Manakala kamera hadapannya 32MP, memfokuskan golongan penggunanya yang gemar mengambil swafoto menarik untuk dimuat naik dalam sosial media.
Ia turut disertakan dengan fungsi Fun Mode yang menawarkan filter dari Snapchat (Kena punyai sambungan internet untuk menggunakannya) untuk lebih keseronokan ketika swafoto.
Harga Samsung Galaxy A72
Waktu awal-awal dulu, Bro menjangkakan Samsung Galaxy A72 ditawarkan pada harga melebihi RM2,+++ jika mengikut pertukaran wang asing berdasarkan harga dipasaran antarabangsa.
Rupanya, untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM1,899.
Tetapi jika anda rasa ianya terlalu mahal walaupun ia hadir dengan fungsi dan speksifikasi yang tinggi, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A52 yang mempunyi fungsi dan speksifikasi yang sama cuma skrin bersaiz lebih kecil pada harga RM1,499.
Samsung Galaxy A72 ditawarkan dengan 4 pilihan warna – Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black dan Awesome White.
Untuk maklumat lanjut mengenai model Samsung Galaxy A72, anda boleh layari www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/smartphones/
video resolusi 4k ni best buat ambik video masa travel