December 6, 2024

Pemahaman & Kesedaran Rakyat Malaysia Mengenai Masalah Mati Pucuk

Kesedaran Masalah Mati Pucuk

Rakyat Malaysia miliki kesedaran dan kefahaman tinggi tentang Masalah Mati Pucuk (Disfungsi Erektil), namun lebih separuh responden enggan berjumpa pengamal perubatan – sumber tinjauan A. Menarini.

A. Menarini Singapore Pte Ltd (Cawangan Malaysia) baru-baru ini menjalankan satu tinjauan dalam talian bagi mendapatkan maklumat tahap pemahaman dan kesedaran rakyat Malaysia terhadap masalah Mati Pucuk (Disfungsi Erektil).

ED ditakrifkan sebagai ketidakupayaan secara berterusan lelaki mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar mencukupi bagi memastikan prestasi seksual yang memuaskan.

Tinjauan Kesihatan Nasional dan Morbiditi 2019 pula mendapati lelaki Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang aktif secara seksual berkemungkinan berdepan mengalami ED pada tahap ringan sebanyak 47.1%; manakala 31.6% pula berdepan kes ED sederhana dan kritikal.

Kesedaran Mengenai ED Tidak Cukup Untuk Melakukan Perubahan

Apakah Mati Pucuk

Berdasarkan tinjauan A. Menarini, seramai 87.9% responden memahami maksud mati pucuk dan dapat mengenalpasti simptom serta penyebab ED.

Bagaimanapun, tinjauan turut mendedahkan 41.5% responden memaklumkan mereka enggan berjumpa dengan pengamal perubatan sekiranya mereka menghidap ED.

Walaupun dengan tahap kesedaran dan kefahaman yang tinggi berhubung ED, mereka masih ragu-ragu untuk mendapatkan bantuan professional sekiranya menghidap ED.

“A. Menarini memberikan keutamaan kepada kesihatan lelaki, justeru kami memahami topik ED adalah sesuatu yang sensitif dan sukar dibincangkan bersama pasangan, orang tersayang atau doktor.

Hasil tinjauan dalam talian mendapati walaupun ramai rakyat Malaysia mengetahui tentang ED dan bagaimana ia berlaku, namun masih terdapat ruang perbincangan bagi memahami ED sebenarnya boleh dirawat,” – Amelia Mok, Pengurus Besar, ?A. Menarini Singapore Pte Ltd (Cawangan Malaysia)

Kesan ED terhadap Pesakit dan Orang Tersayang

Keinginan secara semula jadi dan spontan adalah sebahagian daripada elemen yang menggerakkan keinginan hubungan intim dan bagi pesakit ED, justeru masa untuk pesakit mampu mencapai ketegangan diperlukan memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan hubungan intim.

Bagi pesakit ED, keadaan spontan dalam hubungan seksual boleh meningkatkan masalah psikologi dan mengurangkan peluang bagi mendapatkan kejayaan hubungan intim.

Melalui tinjauan ini, 24.5% dan 32.1% responden menyatakan bahawa ED memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka dan kadangkala menyebabkan kekecewaan yang berulang kali, sekaligus menjejaskan kualiti hidup mereka.

Dalam situasi yang sama, bagi wanita yang mempunyai pasangan yang menghidap ED, 55.7% responden mendedahkan bahawa keyakinan dan kepuasan peribadi mereka terjejas apabila hubungan intim terganggu akibat ED.

Tinjauan bagi responden lelaki pula memetik antara tiga penyebab utama yang menyukarkan mereka untuk mengekalkan ereksi adalah stres dan kebimbangan (34%), keletihan (32.1%), dan lain-lain sebab peribadi (15.1%).

Dari sudut pandangan responden wanita pula, tiga sebab utama pasangan mereka menghidap ED adalah stres dan kebimbangan (71.4%), keletihan (65.7%), dan malu atau kurang keyakinan diri (31.4%).

Secara umum, hasil tinjauan mendapati bahawa ED adalah masalah kesihatan yang bukan sahaja mendatangkan penderitaan bukan sahaja terhadap pesakit malahan terhadap orang tersayang.

Langkah Seterusnya: Mendapatkan Bantuan Professional

Sememangnya sukar bagi pengidap ED untuk berkongsi masalah mati pucuk yang mereka hadapi, walaupun begitu tinjauan A. Menarini dapati walaupun responden Malaysia berupaya memulakan perbualan berkongsi masalah kesihatan seksual mereka dengan pasangan, kebanyakannya masih enggan berjumpa pengamal perubatan apabila menghidap ED.

Kongsi Masalah ED Dengan Pasangan

41.5% daripada responden lelaki dan 44.3% daripada responden wanita berupaya berbincang dengan pasangan mereka mengenai masalah kesihatan seksual dan hubungan intim.

Mengambil langkah berani untuk bertemu pengamal perubatan, adalah pembuka jalan bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ED dan orang tersayang untuk memperbaiki kualiti hidup mereka.

Ramai rakyat Malaysia yang menyedari akan kewujudan masalah ED namun masih banyak program kesedaran yang perlu dilakukan untuk membantu mereka memahami ED adalah perkara biasa yang boleh dirawat dan pentingnya untuk mendapatkan bantuan professional bagi merawat masalah ED.

Responden tinjauan turut mengenalpasti tiga rawatan biasa masalah mati pucuk iaitu; mereka menyebut ubat dan pil (70.1%), terapi hormon testosteron (52.3%), dan perubatan tradisional dan herba (43%).

Berkenaan Menarini Asia-Pacific

Menarini Asia-Pacific
Dari kiri :Dr Thirnathrama Seriramulu, Medical Advisor, A. Menarini Singapore Pte Ltd, Josie Ong, Commercial Director, A. Menarini, Amelia Mok, General Manager, A. Menarini Singapore Pte Ltd and Alex Lee, Group Product Manager, A. Menarini

Di Menarini Asia-Pacific, kami komited bagi memperbaiki kehidupan orang ramai. Kami percaya tahap kesihatan yang baik mampu memperkasakan pengguna dan membuka potensi mereka sepenuhnya.

Diperkukuhkan dengan warisan Menarini sejak 1886 and dan rangkaian rakan niaga global, Menarini Asia-Pacific kini bertapak kukuh di lebih 13 pasaran utama serantau – memperkasakan kehidupan pengguna dan komuniti tempat kami berkhidmat.

Menarini Asia-Pacific adalah anak syarikat milik penuh gergasi farmaseutikal Itali, Menarini Group. Kami mewujudkan sinergi kekuatan sumber global kami dengan keperluan pelanggan setempat bagi membawakan inovasi kesihatan terbaik kepada hospital dan penyedia kesihatan

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *