June 8, 2023

Systema Lancar Kempen Be #GumProud Sempena Hari Kesihatan Gusi

Systema Be #GumProud

Systema melancarkan kempen Be #GumProud hari ini, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa.

Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi.

Bercakap di sesi pelancaran kempen tersebut, Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan.

“Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015), 99.6% kanak-kanak berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi.

Dianggarkan pada tahun 2019 bahawa 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022).”

Menurut kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan, pemilik jenama Systema, mendapati bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi yang ketara, tetapi hanya 1% yang sedar bahawa mereka menghidapinya.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan kesihatan gusi mereka.

“Walaupun gigi putih dan nafas segar sering dikaitkan dengan kesihatan mulut, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada gusi yang sihat yang berwarna merah jambu.

Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi mereka secara menyeluruh.” – Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion.

Kempen Be #GumProud bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pengaruhnya terhadap kesihatan serta ketahanan pergigian.

Dari Mei sehingga penghujung bulan Jun 2023, orang ramai boleh melayari laman sesawang Systema untuk melakukan penilaian kesihatan gusi sendiri secara dalam talian.

Systema juga akan mengadakan beberapa roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik.

Pengguna digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini untuk menilai kesihatan gusi mereka dan mengambil langkah yang diperlukan untuk merawatnya serta menebus kit permulaan percuma daripada Systema!

“Gusi kita berfungsi untuk melindungi gigi dan mencegah penyakit dalam mulut kita. Tanpa penjagaan gusi yang betul, bakteria tidak baik memasuki persekitaran gigi kita, menyebabkan jangkitan dan keradangan.

Jika tidak ditangani pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada kemusnahan tisu gusi atau periodontitis, lebih dikenali sebagai penyakit gusi,” – Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Naib Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP)

Penyakit gusi bermula dengan plak, filem yang dipenuhi bakteria melekit, yang terkumpul di bawah dan di sepanjang garis gusi.

Selain itu, penyakit gusi juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis, penyakit jantung, strok, dan diabetes.

Pakar dalam kesihatan mulut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi adalah dengan memastikan keadaan gusi dan gigi anda sihat sejak usia muda.

Ini amat membantu untuk mencari dan mengesan gingivitis awal dan mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya penjagaan yang betul, ia boleh menjadi barisan pertahanan pertama untuk memastikan seluruh badan kita sihat.

Mulakan perjalanan Be #GumProud anda dengan membuat penilaian gusi anda sendiri secara atas talian dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Systema untuk melindungi gusi anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Be #GumProud Systema, sila lawati laman sesawang di https://gumhealthcheck.com.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *