Huawei P60 Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia sebagai peranti mercu terkini Huawei yang hadir dengan kemaskini menarik daripada pelbagai aspek khususnya buat para penggemar fotografi menggunakan telefon pintar.
Untuk pasaran Malaysia, ia boleh didapati pada harga bermula RM4699 (8GB/256GB) dan RM5499 (12GB/512GB) yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu Rococo Pearl atau Black.
Menariknya,
Varian warna Rococo Pearl diinspirasikan oleh gaya Rococo yang wujud di Perancis pada abad ke-18 serta reka bentuk Mutiara Rococo yang pertama dalam industri yang mempunyai tekstur mutiara asli.
Ia dikatakan berbeza secara unik antara satu sama lain dan tiada model yang mempunyai corok yang sama pada belakangnya.
Huawei P60 Pro hadir dengan skrin melengkung sebesar 6.67-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.
Dilengkapi paparan Quad-curved, setiap sudut HUAWEI P60 Pro Quad-curve Display kini lebih bulat dan lembut di bahagian tepinya menjadikan bidang penglihatan tidak terbatas dan mengasyikkan.
Dilengkapi dengan kaca Kunlun yang diperakui rintangan jatuh lima bintang SGS Switzerland, sekali gus memberikan skrinnya sepuluh kali lebih tahan lama.
Dipadankan pula dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 tanpa 5G bersama gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.
Kapasiti bateri pula sebesar 4815mAh yang juga boleh dicas semula dengan sistem pengecasan pantas berwayar 88W dan nirwayar 50W yang membolehkan pengguna mengecas bateri kepada 50 peratus dalam masa 10 minit sahaja.
Ia boleh dikatakan sebagai telefon pertama dilengkapi kamera telefoto untuk situasi malap (low-light telephoto camera), dengan sistem multi lensa.
Kameranya pula menggunakan sistem tri-kamera yang terdiri dengan 48MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto f/2.1 dengan OIS dan 13MP ultra sudut lebar f/2.2.
Kemampuan zum optikal hingga 5X dan zum digital 100X disokong, selain turut menggunakan sistem kamera XMAGE yang menggantikan sistem Leica sebelum ini.
Manakala kamera hadapan pula 13MP f/2.4 dan mampu merakam swafoto menakjubkan walaupun dalam cahaya malap.
Pra-tempah HUAWEI P60 Pro sekarang dari harga RM4,699 dan pengguna berpeluang untuk nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,560* di HUAWEI Experience Store serta RM1,460* menerusi HUAWEI Online mulai 11 Mei sehingga 19 Mei 2023.
Pra-tempah sekarang dari Kedai HUAWEI terdekat, Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada atau Shopee.
Dalam majlis yang sama turut diperkenalkan :-
- Huawei Mate X3 – RM8,888,
- Huawei Watch Buds – RM2,199,
- Huawei Watch Ultimate – RM3,799,
- Huawei FreeBuds 5 – RM699, dan
- Huawei MatePad 11-inch 2023 – RM1,799.