
Baru-baru ini Bro berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran model terbaru ASUS ZenBook Pro 15 yang hadir dalam 3 variasi yang boleh anda dapati dari harga RM5,999 hingga ke RM10,999
ASUS ZenBook Pro 15 merupakan laptop bersistem operasi Windows 10 buat golongan profesional yang gemar melakukan pelbagai kerja (multi-tasking) dalam satu-satu masa.
Salah seorangnya adalah seperti Bro, yang gemar melakukan kerja pada beberapa paparan window sambil mendengar lagu, menonton video atau mengemaskini email.
Lebih menarik, bila model ini diperkenalkan ciri futuristik ScreenPad yakni trackpad dengan paparan IPS yang boleh menjadi skrin kedua untuk anda berinteraksi dengan laptop tanpa menganggu kerja yang sedang anda lakukan.
Ini menjadikan ZenBook Pro 15 model pertama yang mempunyai ScreenPad (UX580) dalam sirinya.
Bro sendiri teruja bila pertama kali menggunakan ASUS ZenBook Pro 15.
Mana tidaknya, spesifikasinya berbaloi dengan harganya sesuai sangat bagi kaki game dan golongan profesional yang gemar melakukan multi-tasking sewaktu menggunakan laptop.
Ianya direka untuk golongan profesional seperti, designed for professional artis, pereka, pengaturcara dan artists, designers, programmers, or serta mereka yang teruja dengan teknologi baru.
ASUS ZenBook Pro 15 hadir dengan 3 variasi yang boleh anda dapati dari harga RM5,999 hingga ke RM10,999

Pengunjung yang hadir berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan ASUS ZenBook Pro 15.
Ramai yang tertarik pada fungsi ScreenPad yang terdapat padanya.
Mesti korang tertanya-tanya macam mana ScreenPad itu berfungsi. Ok, Bro akan cuba terangkan kepada anda.
ScreenPad – Paparan IPS Sebagai Skrin Kedua

ScreenPad merupakan Windows Precision Touchpad (PTP) digabungkan dengan skrin sentuh FHD 5.5 inci interaktif, menawarkan cara baharu yang revolusioner untuk bekerja dengan komputer riba.
Ia mempunyai fungsi yang boleh digunakan yang bersuaikan dengan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh anda, menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk melakukan multitask dalam memastikan sesuatu kerja itu diselesaikan.
Ia juga boleh digunakan dalam beberapa cara yang berbeza.

Aplikasi khusus yang terdapat pada ScreenPad adalah seperti Kalkulator, Pemain Muzik, NumKey, Email & butang pelancar (Launcher).
Mode Screen Extender membolehkan ScreenPad digunakan sebagai lanjutan untuk paparan utama, seterusnya membantu multitasking dan produktiviti.
Bagi pemilihan aplikasi dekstop, buat masa ini ianya terhad kepada Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Bagaimanapun terdapat beberapa aplikasi popular dalam perancangan untuk diintegasikan bersama ScreenPad.
Menu penyesuaian dan kawalan penyuntingan pada ScreenPad juga akan berubah secara automatik mengikut aplikasinya dan apakah tugas yang sedang anda lakukan.
Bagi mereka yang gemar menonton Youtube sambil bekerja, ScreenPad boleh digunakan bersama browser extensions : ScreenPad YouTube Player for Chrome membolehkan pengawalan video YouTube di hujung jari anda.
Bagaimanapun, ScreenPad perlu dikemaskinikan selalu bagi membolehkan ia berfungsi pada versi terkini.
Speksifikasi ASUS ZenBook Pro 15
Seperti yang Bro nyatakan sebelum ini, ASUS ZenBook Pro 15 didatangkan dengan 3 variasi yakni speksifikasi yang berbeza bersesuaian dengan harga yang ditawarkan.
Variasi pertama, ASUS Zenbook Pro 15 ditawarkan dengan Intel Core i9 8950HK, 16GB RAM, beserta kad grafik NVIDIA GTX 1050Ti 4GB dan paparan 4K.
Ia turut membawakan kapasiti storan 1TB PCIE x 4 SSD dan ini dijual di pada harga RM 10,999.
Manakala untuk variasi kedua pula menggunakan cip pemprosesan berlainan iaitu Intel Core i7, 16GB RAM, dengan kad grafik NVIDIA GTX 1050Ti 4GB serta paparan 4k.
Ia juga turut membawakan kapasiti storan 1TB PCIE x 4 SSD dan ini dijual di pada harga RM 8,999.
Bagi variasi ketiga pula, ia menggunakan Intel Core i7 namun dengan paparan 1080p dan mempunyai RAM sebanyak 8GB DDR4 dan disertakan kad grafik NVIDIA GTX 1050 4GB.
Kapasiti storannya juga lebih kecil iaitu sebesar 512GB PCIE x 4 SSD dan dijual pada harga RM 5,999.
Maka dengan adanya 3 variasi ini membolehkan anda membuat keputusan bertepatan dengan spesifikasi yang anda ingin gunakan.

Bagi Bro, spesifikasi untuk variasi kedua, yakni ASUS ZenBook Pro 15 yang berharga RM8,899 bersesuai dengan kerjaya (blogger / vlogger + programmer) dan aktiviti yang gemar Bro lakukan seperti menonton Youtube / Movie dan bermain game.
ASUS ZenBook Pro 15 hadir dengan 3 variasi yang boleh anda dapati dari harga RM5,999 hingga ke RM10,999 bermula 28 Ogos 2018 di semua wakil penjual ASUS :
- IT Comp Sales & Services : G-10 , G Floor , Digital Mall, Section 14 , 46100 , Petaling Jaya
- SNS Network : G-006A , G Floor , Low Yat Plaza , 551000 , Kuala Lumpur
- Thunder Match Tech : LG- 213A , Lower Ground , 1 Utama , Shopping Centre , No 1, Lebuh Bandar Utama , Bandar Utama City Centre , Bandar Utama , 47800 , PJ , Selangor
- Thunder Match Tech : 5-090 , 2nd Floor , Mid Valley MegaMall, Kuala Lumpur
- PC Image : Unit L2 , Level 2 , VivaCity MegaMall , Kuching , Sarawak
- SNS Network : Unit 21 , Digital Centre , F1.398 , Sunway Piramid , Subang Jaya.
- Gadget Zone : Lot 2f-143 , North Zone , QueensBay Mall , Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut mengenai ASUS ZenBook Pro 15, anda boleh layari www.asus.com/my/Laptops/ASUS-ZenBook-Pro-15
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Menarik juga screenpad tu , harganya pun boleh tahan
Wow dekat mouse pad ada menu player.