May 19, 2024

Pengalaman Kerja Freelance Bantu Demand Gaji Pertama Selepas Bergelar Graduan

Graduan Universiti
Teringat lagi lepas grad ditawarkan gaji sekian-sekian disebabkan mempunyai pengalaman kerja / freelance sewaktu belajar dulu.

Yup betul, sewaktu zaman U Bro telah start bekerja dari freelance terus ke jawatan tetap. Tetapi memberi kesan juga kepada sesi pembelajaran Bro.

Maka Bro buat pemohonan dari status fulltime student kepada part time.

Alhamdulillah, sepanjang belajar sambil kerja, result exam lebih gempak berbanding dari zaman ketika jadi fulltime student. Duit PTPTN yang selama ini dapat pun, tak cukup nak cover pengajian setiap sem. Maka dengan ada kerjaya yang stabil ketika itu, dapat juga cover apa yang patut.

Cuma beberapa bulan sebelum konvo, Bro menganggur sebab nak berehat dari kerja & belajar. Sehinggalah Bro ditawarkan bekerja dengan satu syarikat di Kuala Lumpur (Bro tak apply pun, tapi ditawarkan).

2 bulan pertama ditawarkan gaji 2 minggu sekali sebab nak mulakan hidup di KL semula.

After that, dapat kenaikan gaji sebanyak RM200.

Tak sampai setahun, up lagi RM500, kemudian RM800… & last sekali RM500 (sepatutnya boleh up banyak lagi).

Itu semua gaji pokok, tak termasuk komisen.

Kemudian, bro berhenti kerja (atas sebab tertentu) sampai sekarang. Fokus kepada kerja freelance sama seperti mana sewaktu Bro kerja dahulu.

Fisha Teman Daddy KerjaPernah ditawarkan kerja dengan gaji mencecah 5 angka, tetapi terpaksa tolak disebabkan ….

Dah selesa kerja sendiri, ada banyak masa dengan keluarga + tolak itu ini hasilnya xjauh banyak pun dari kerja freelance ketika itu.

By the way….

Tak susah pun nak cari duit, just perlu berusaha dan cari peluang.

Tapi susah nak cari masa berkualiti untuk keluarga. Membesarkan & mendidik anak sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

Sebab, kerja bagai nak rak pun.

Kalau tertiba jatuh sakit, bukan company nk jaga kebajikan kita sampai bebila. Semuanya berbalik kepada keluarga anda sendiri.

Begitu juga dalam bercinta.

Jangan sesekali abaikan keluarga anda sendiri. Jika bercerai / ngandung luar nikah nanti, keluarga anda juga tempat anda bergantung kelak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Pengalaman Kerja Freelance Bantu Demand Gaji Pertama Selepas Bergelar Graduan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *