Dua hari lepas berpeluang berjumpa sebentar dengan sorang sahabat (boleh dikatakan setahun sekali jumpa kot), Khairul Anwar Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Kaio, seorang jurugambar profesional.
Setiap kali berjumpa, Bro diajukan dengan 2 soalan yang sama & sentiasa terpacul dari mulut dia ;-
- Buat apa sekarang?
- Apa perancangan dalam 5 tahun akan datang?
Apa yang Bro jawap?
Jawapan bagi soalan pertama lebih kurang sama (duduk rumah, jaga anak) + ada penambahan sedikit.
Bagaimanapun jawapan bagi soalan kedua? Tak sama langsung….
Kalau soalan kedua ditanya sebulan yang lepas. Pasti tak sama dengan jawapan ketika ini.
Kenapa ianya terjadi?
Kita memang boleh set matlamat, cuma dalam tempoh 5 tahun, apa2 pun boleh terjadi.
Macam Bro, beberapa bulan yang lepas dah plan nak terlibat dalam dunia pertanian. Dah usha bajet + lokasi pertanian yang ingin diusahakan.
Tertiba-tiba ada ‘sesuatu’ terjadi, terus bro berubah plan dan mula terlibat dalam dunia ‘oil & gas’. Alhamdulillah, permulaan sebulan pertama kami berjalan dengan lancar.
Dari tempahan catering kecil-kecilan, kepada makanan frozen. Dan yang terbaru, tauhu begedil yang tiba-tiba mendapat pemintaan yang tinggi. Tak cukup tangan dibuatnya.
Alhamdulillah, Moga dipermudahkan urusan kami sekeluarga.
Hujung minggu ini, dapur terpaksa direhatkan seketika. Perlu restock & perkemaskan untuk menampung permintaan yang tinggi pada minggu hadapan.
Bicara Bro : Ofis Kaio Studio berwajah baru. Tak boleh main redah je macam dulu. Staf & projek juga telah bertambah.
Syukur sangat bila dapat meluangkan masa walaupun sekadar 10 minit dengan Khairul Anwar Abdullah (Kaio), macam dapat bersembang selama sejam. Padat je isi perbualannya.
Tak semestinya kita berdoa ketika berada dalam kesusahan / kesempitan. Berdoa juga ketika kita senang / bahagia.
Berdoa, berdoa dan berdoa. Pastikan berdoa yang baik-baik sahaja ;)
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Semoga dipermudahkan segala urusan. Nak order begedil ;p
Boleh je.. Tp kena tengok kawasan juga.. If ada ramai & banyak diorder… Boleh je, xde masalah
Alhaamdulilah..mudah-mudahan diperluaskan rezekinya dan dipermudahkan semua urusan Bro..
Amin, mama ;)
Kita merapu merancang hanya tuhan yang menentukan. Tidak salah menetapkan matlamat sekurang-kurang ada perkara yang ingin dicapai didalam kehidupan.
Ada impian besar dan impian kecil.
Mana tau bisness baru ni berkembang.. Ada lagi pendapatan yang lain.. Yang penting rajin usaha kan bro.. Nak begedil tahu 1
perancangan saya tak pernah lebih dari setahun hehehe..tahun ni fikir untuk plan 2019 je dulu