October 8, 2024

TM Perkenalkan Unifi Basic Berkelajuan 30Mbps Pada Harga RM79

TM Unifi Basic RM79
Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan pakej unifi mampu milik, unifi Basic pada harga RM79 dengan kelajuan 30Mbps.

Ia hadir sebagai pelan permulaan yang menyasarkan kepada pengguna daripada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM4500.

Pelan yang ditawarkan ini dikatakan 50 peratus lebih rendah berbanding pelan unifi Home 30Mbps sedia ada. Bagaimanapun terdapat kuota data bagi Unifi Basic dimana had penggunaan hanyalah 60GB sebulan.

Ia juga tidak didatangkan dengan telefon, serta Unifi TV.

Bicara Bro : Ianya sesuai sangat bagi mereka yang bukannya pengguna tegar internet (sebab ada had penggunaan) & mahupun mereka yang sudah memasang Astro di kediaman mereka (Dah ada Astro, kenapa perlu pasang Unifi TV hahaha).

Cuma bagi Bro sekeluarga, penggunaan 60GB sebulan, lagi-lagi bila selalu ada dirumah memang tidak mencukupi. Maka boleh usha plan lain yang turut ditawarkan.

Untuk pengetahuan korang, selain Unifi Basic TM juga mengumumkan pelan unifi turbo, terdiri daripada :

  • Lite Plan – RM129 (10Mbps)
  • Advance Plan – RM139 (30Mbps)
  • Pro Plan – RM329 (100Mbps)

So, dah boleh nampak plan mana yang rasa sesuai sangat untuk korang gunakan. Dalam kes Bro, maybe Advance Plan paling sesuai, cuma dekat area kediaman Bro tiada port kosong untuk dipohon T-T.

Lagipun Bro akan berpindah ke lokasi lain sebelum penghujung tahun ini.

Dalam masa yang sama, TM turut memperkenalkan naiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan perkhidmatan berkenaan.

Pra-daftar pelan ini boleh dibuat melalui laman web Unifi bermula 15 Julai 2018 dan penawaran secara rasmi akan bermula pada 15 Ogos hadapan.

Bicara Bro : Bulan lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengumumkan harga perkhidmatan jalur lebar di Malaysia dijangka turun sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang hujung tahun ini.

Penurunan harga itu berikutan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) pada 8 Jun lalu dan berkuatkuasa 1 Januari 2018, yang mengenakan harga siling borong bagi pembekal kemudahan dan perkhidmatan digunakan syarikat telekomunikasi di pasaran.

Penurunan harga borong itu kelak akan turut mengurangkan harga pasaran jalur lebar bagi pengguna.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “TM Perkenalkan Unifi Basic Berkelajuan 30Mbps Pada Harga RM79

  1. Masalah port sentiasa penuh menjadi halangan rakyat untuk memiliki broadband kelajuan tinggi.

    Rasanya ramai pelanggan sedia ada mengharapkan penurunan harga untuk pakej yang mereka langgani sudah mula diistihar penurunan harga baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *