July 14, 2024

KOPETRO Perkenalkan proLindung – Platform Perbaharui Cukai Jalan & Takaful Kenderaan

Majlis Pelancaran proLindung KOPETRO

Belum renew cukai jalan / roadtax? Jom memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan dengan proLindung.

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah melancarkan platform proLindung bagi membantu anda memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Kini anda boleh memperbarui cukai jalan dan takaful kenderaan dengan hanya beberapa klik sahaja.

“Dalam era digital yang semakin pesat, prolindung akan memainkan peranan penting dalam memberikan kemudahan kepada pengguna untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih efisien.

Platform ini direka khas untuk memudahkan pengguna dalam memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik sahaja,” – Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim.

proLindung KOPETRO

Platform in merupakan satu lagi inisiatif KOPETRO dalam membantu meningkatkan kualiti hidup anggota koperasi dan masyarakat umum yang menggunakan perkhidmatan mereka.

proLindung beraspirasi untuk memberikan perlindungan yang komprehensif kepada semua pelanggan, dan perkara ini diterapkan di dalam nama platform tersebut – Pro + Lindung.

Tambah Encik Roslan lagi proLindung dihasilkan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna. Beliau juga menyeru kepada semua pengguna untuk mencuba proLindung dan memberi maklum balas kepada mereka supaya platform ini dapat diperbaiki dan diperkembangkan.

Diskaun RM50 untuk 50 Pelangan Pertama

KOPETRO proLindung

Istimewa buat anggota KOPETRO, di samping menawarkan perlindungan menyeluruh, anggota boleh memilih untuk membayar perlindungan takaful secara ansuran melalui potongan gaji setiap bulan.

Bersempena pelancaran proLindung hari ini, KOPETRO menawarkan diskaun sebanyak RM50 bat 50 pelanggan pertama yang memperbarui cukai jalan dan takaful kenderaan melalui platform proLindung.

Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut melalui laman web www.proLindung.com.my.

Pada majlis pelancaran proLindung, turut diadakan Majlis Aidilfitri anjuran KOPETRO dengan dihadiri lebih 2,000 tetamu dari anggota koperasi, warga kerja KOPETRO dan rakan niaga koperasi.

Jangan lupa untuk memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan anda dengan proLindung.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *